Gadis ini Berkongsi kisah bers4lin anak pertama di usia 16 tahun

Trend kahwin muda dilihat sudah menjadi kebiasaan pada masa sekarang. Jadi, tidak peliklah andai pelajar yang masih bersekolah sudah mendirikan rumah tangga walaupun usia dibawah 18 tahun.

Namun, jika sudah jodoh dan suka sama suka, perkara baik sebegitu rasanya tdak perlulah dipersulitkan dan sebagai ibu bapa, merestui pilihan mereka adalah jalan terbaik.

Hal ini samalah seperti yang dilalui seorang wanita apabila pernah tular di media sosial kerana melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan di usia 16 tahun.

Kali ini, wanita yang menggunakan nama akaun @_syasyaadira sekali lagi vlral apabila memuat naik momen ketika menahan saklt hendak bersalin anak pertamanya pada usia tersebut.

Menurutnya, bukan mudah untuk seorang wanita yang masih muda menghadapi sakit sebelum bersalin sehingga jam 4 pagi dan perlu meneran bayi keluar walaupun tenaga ketika itu tinggal sedikit.

Namun, disebabkan suaminya setia menemani di sisi dan sangat memberi sokongan, dia akhirnya berjaya melahirkan anak pertama di usia yang cukup muda

Pernikahannya yang sudah pun menjangkau usia 4 tahun dan dikurniakan 2 orang anak ini terus bahagia dan dia sangat bersyukur mempunyai suami yang cukup sempurna untuknya.

Disamping itu, @_syasyaadira juga sempat menitipkan pesanan kepada warganet supaya terus menghargai isteri kerana perjuangan wanita tersebut cukup besar memandangkan perlu berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat tersayang.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan suami kepada wanita itu yang setia menemani isteri yang sedang sakit hendak bersalin.

Kebanyakkan mereka yang meninggalkan komen terutamanya wanita berharap agar mereka juga dikurniakan seorang suami seperti itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti @_syasyaadira.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingkini.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gadis ini Berkongsi kisah bers4lin anak pertama di usia 16 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*