“Kami Sedia Beri Kerjasama Andai RM1 Juta Itulah Nilai Persahabatan…” – Isteri Lan Solo Luah Perasaan

Isteri penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim meluahkan perasaannya berdepan k.ontroversi melibatkan penyanyi Siti Nordiana yang juga bekas sahabat baiknya.

Menerusi luahan Sheila di ruangan Instagram (IG) Story, dia seolah-olah terkilan apabila luahan bersama tiga rakan yang lain termasuk suami dimanipulasi.

“Lama juga saya berdiam. Saya biarkan segala kec.aman, c.aci m.aki terhadap kami. Sehingga episod kem.atian bapa mentua diejek-ejek.

“Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dik.ecam! Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi.

“Kalau bukan kerana adanya pr.ovokasi yang dimulakan, pasti semua ini takkan terjadi. Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik diasak soalan-soalan pr.ovokasi yang saya kadang-kadang tak mampu nak kawal.

“Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini. Senyap…sunyi…sepi,” katanya.

Sheila turut menjelaskan tentang RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana bersama-sama dengan tuntutan permohonan maaf yang dihantar kepada mereka.

Dedahnya, pihak Siti Nordiana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh masa 24 jam kepada media, tetapi tidak menjelaskan ia berserta jumlah wang RM200,000 yang perlu dibayar mereka.

“Kami sedia beri kerjasama. Kalaulah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan,” katanya.

K.ontroversi di antara enam sahabat ini menjadi perhatian ramai apabila nama Siti Nordian disebut dalam IG Live di IG melibatkan penyanyi Lan Solo, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Siti Nordiana kemudian melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

Penyanyi dan pelakon tersebut meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Tuntutan saman akan difailkan kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kami Sedia Beri Kerjasama Andai RM1 Juta Itulah Nilai Persahabatan…” – Isteri Lan Solo Luah Perasaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*