Lelaki ditegur auntie India ajak sembang pasal kek, “Kalau perempuan tiba-tiba…”

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsikan pengalamannya ditegur oleh seorang wanita tidak dikenali ketika membeli-belah.

Namun apabila didedahkan mengapa wanita tersebut menegurnya, lelaki berkenaan meluahkan rasa tidak percaya bahawa perkara seperti itu boleh berlaku.

Dalam posting yang dikongsikan oleh pengguna Nabil Fikran di Twitter, lelaki tersebut mengingati kembali rentetan ketika keluar untuk membeli belah di pasar besar Aeon baru-baru ini.

Ketika dalam perjalanan untuk masuk ke dalam Jaya Grocer, lelaki tersebut tiba-tiba telah ditegur oleh seorang ‘Auntie India’ yang bertanyakan tentang kek kerana melihat dia membeli bahan membuat kek.

Jadi Pengguna Twitter itu terus melayan auntie itu bersembang sehingga mereka masuk ke dalam Jaya Grocer, sebelum wanita berkenaan memberitahunya bahawa sebenarnya dia sedang diekori individu mencvrigakan.

Oleh kerana takut, wanita tersebut terpaksa berpura-pura mengenali pemuda terbabit, membuatkan dia terkejut. Wanita itu beredar setelah yakin individu mencvrigakan tadi tidak lagi mengekorinya, namun kisah tersebut ternyata membuat ramai yang wanita terkenang pengalaman yang sama.

Seorang netizen juga mengingatkan untuk melayan sahaja jika ada perempuan yang tiba-tiba menegur dan berpura-pura mengenali kita kerana mereka mungkin dalam bahaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lelaki ditegur auntie India ajak sembang pasal kek, “Kalau perempuan tiba-tiba…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*