Lan Pet Pet tiba-tiba tak jadi sam4n, maafkan individu sebar f1tnah-” Saya bukan jual barang terl4rang tapi ubat untuk lelaki”

SUSULAN dakwaan dikatakan melakukan aktiviti menjual barang terl4rang, pelawak terkenal Lan Pet Pet tampil menafikan terlibat dalam kegiatan tersebut.

Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad sebaliknya hanya mengakui menjual ubat untuk lelaki.

Ujar Lan, dia yang pada mulanya ingin mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video berunsur f1tnah itu menarik semula hasrat tersebut selepas berbincang dengan peguam.

Malah pelawak berusia 52 tahun itu juga memberitahu dia sudah memaafkan individu dan sesiapa yang turut menyebarkan video tersebut serta mengec4mnya di laman sosial.

“Saya tak jual barang terl4rang seperti yang didakwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.

 

Lan tampil menjejaskan mengenai video yang tular memperlihatkan dia seakan-akan melakukan aktiviti menjual barangan terl4rang.

“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.

“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya terc4lar. Lagipun saya sudah memaafkan individu dan semua yang menyebarkan video tersebut selain memf1tnah saya,” katanya kepada mStar.

Lan yang juga ahli kumpulan lawak terkenal Senario itu ditemui di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Saya tak jual barang terl4rang seperti yang didakwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki.

LAN PET PET

PELAWAK

Pada 5 Ogos lalu, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencur1gakan.

Menerusi rakaman video tersebut, individu tersebut yang didakwa seorang pelawak daripada sebuah kumpulan terkenal itu juga dilihat meng4muk apabila menyedari perbuatannya itu sedang dirakam.

Dia dilihat keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam.

Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dipadam, rata-rata netizen mula berteka-teki dan memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang dimaksudkan.

 

Lan sudah memaafkan individu yang menyebarkan video serta memf1tnahnya.

Dalam pada itu, Lan menyedari terdapat segelintir pihak yang menganggap video yang tular itu merupakan salah satu gimik untuk dia menjual produknya.

“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik! Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya,” ujarnya.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar via trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lan Pet Pet tiba-tiba tak jadi sam4n, maafkan individu sebar f1tnah-” Saya bukan jual barang terl4rang tapi ubat untuk lelaki”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*