6 Tahun Pemerglan, Ibu Jamaluddin Jarjis Mohon Faraid Peninggalan RM2 Bilion

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan ibu Allahyrham Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis untuk memasukkan tiga juta unit saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd dalam senarai harta puska penlnggalan anaknya.

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah, 87, dan mengarahkan kedua-dua defendan yang juga cucu wanita itu, Nur Anis Jamaludin, 36, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 34, membayar kos sebanyak RM80,000 kepada nenek mereka.

Bagaimanapun, Mohd Firuz menolak permohonan Aminah untuk mengisytiharkan bahawa enam juta unit saham dalam syarikat Alpine Motion Sdn Bhd dan dua unit saham dalam syarikat Ivory Insight Sdn Bhd adalah sebahagian daripada harta pusaka peninggalan Allahyrham.

Permohonan itu adalah berkaitan dengan saman yang difailkan Aminah terhadap kedua-dua cucunya atas kegagalan mereka memasukkan saham tiga syarikat terbabit, bernilai RM1.3 bilion, dalam senarai harta pus4ka Jamaluddin.

Dalam penghakiman setebal 26 muka surat, Mohd Firuz berkata berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi defendan, mahkamah sedia menerima hakikat bahawa saham dalam syarikat Alpine dan Ivory telah dibeli untuk manfaat mereka.

Beliau berkata dari 2011 hingga 2012, kedua-dua defendan sememangnya terlibat dalam operasi dan pengurusan dua daripada syarikat terbabit di bawah bimbingan bapa mereka dan situasi ini tidak sama dengan saham dalam Rantai Wawasan yang merupakan pembabitan pertama mereka dalam perniagaan itu secara rasmi selepas Jamaludin menlnggal dunia.

Katanya mahkamah berpuas hati bahawa Aminah telah berjaya membuktikan tuntutannya berhubung saham dalam Rantai Wawasan.

Aminah diwakili peguam Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala peguam S Suhendran dan Frank Wong mewakili Nur Anis dan Ikhwan.

Dalam saman yang difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah mend4kwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaludin, telah gagal memasukkan saham ketiga-tiga syarikat sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyrham menlnggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.

Aminah

Penyataan tuntutan Aminah mendakwa bahawa kedua-dua defendan berbuat demikian dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.

Aminah mendakwa kedua-dua cucunya juga gagal menyatakan anggaran nilai saham terbabit yang berjumlah RM1,384,312,154 selepas dua setengah tahun Jamaludin menlnggal dunia.

Jamaludin, yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin, terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015 tanpa menlnggalkan waslat.

Aminah juga mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz gagal memasukkan sebuah pangsapuri bernilai RM10 juta di Amerika Syarikat dalam senarai aset Jamaludin selain tidak memaklumkan beliau bahawa Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan sijil faraid kepadanya berhubung harta pusaka Allahyrham pada 6 Okt 2016.

Justeru, beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar namanya dimasukkan sebagai pentadbir bersama harta pusaka penlnggalan Jamaludin kerana beliau adalah ibu Allahyrham dan agar kedua-dua defendan membayar dividen, bonus serta keuntungan daripada saham dalam ketiga-tiga syarikat.

Sementara itu, kedua-dua defendan menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2019 mend4kwa mereka adalah pemilik sah saham di ketiga-tiga syarikat bersama adik-beradik mereka yang lain.

Menurut defendan, ia adalah niat bapa mereka bahawa anak-anaknya akan mengambil alih, menjalankan dan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan niat itu disampaikan semasa beliau masih hidup.

Lebih 2 bilion bagi waris berhak

Harta arwh Jamaluddin berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion dan prosiding dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Aminah yang berusia 84 tahun diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lalu.

Ketika ditemui media selepas prosiding pengurusan kes, Kamar Ainiah berkata permohonan itu difailkan bagi menentukan bahagian kepada waris yang berhak dalam harta pusaka milik Jamaludin.

Di bawah undang-undang Islam, ibu yang masih hidup berhak mendapat satu perenam penlnggalan harta pusaka, sementara balu yang masih hidup mendapat satu perlapan daripada bahagian itu dan anak-anak menerima jumlah baki harta pusaka berkenaan.

20 hartanah di Malaysia, AS dan Mekah masuk senarai

Kamar Ainiah berkata, antara harta yang perlu dimasukkan di dalam senarai untuk difaraid adalah lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Makkah serta syarikat milik Jamaluddin.

Balu Allahyrham sudah memohon untuk menjadi pencelah dan bagi pihak ibu selaku pemohon, dia tidak mempunyai bantahan sekiranya waris lain ingin menjadi pencelah. Aminah yang berkerusi roda hadir ke mahkamah ditemani anaknya yang juga adik lelaki Jamaludin iaitu Mohamad Najeb Ali.

Jamaludin terkorban akibat nahas helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas dan terbakar di ketika dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang setelah pulang dari kenduri anak Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

– Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  http://limauasamboi.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "6 Tahun Pemerglan, Ibu Jamaluddin Jarjis Mohon Faraid Peninggalan RM2 Bilion"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*