Iqbal Dedah Cerita Sebenar Lepas Datuk Vida Cer0b0h Rumah Dia Pukul 3 Pagi

Sejak usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan ramai gara-gara video mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai tanda tanya tentang sumber kekayaan yang dimilikinya.

Rata-rata mula mempersoalkan tentang aliran kewangannya hingga mampu berbelanja mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Lebih mengejutkan tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman temubual yang diedit semula dengan kapsyen yang mend.akwa dia merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Namun setelah disemak, d.akwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli p.olitik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir.

Mengakui terkejut dengan d.akwaan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, Iqbal, 27, berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik berkenaan.

Pukul 3 Pagi Ketuk Rumah

Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli terkejut dengan kedatangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.

Jelas Iqbal, t.indakan Vida seakan-akan menc.eroboh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah mer.ahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

“3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang. Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib baik gelap,” kata Iqbal dalam sepotong video yang dimuat naik di media sosialnya.

Dalam video berkenaa, Vida memegang sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.

Kata Vida; “Nak cakap apa, I nak datang meminang?

Selain Vida, sesi pertemuan itu turut ditemani anak terunanya, Kacak yang muncul bersama kereta pemandu peribadi mereka.

Tegas Iqbal, dia tidak berupaya memberikan layanan baik kepada tetamunya yang muncul secara mengejut dan akan memulangkan semula cincin yang telah dihadiahkan kepadanya itu.

“Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa.

“Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini,” tulis Iqbal.

Dalam hantaran sama, Iqbal turut menghubungi pengawal kes.elamatan mempertikaikan kebenaran untuk kenderaan milik Vida memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.

Kredit : Astro/IG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://www.onlinemalaya.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Iqbal Dedah Cerita Sebenar Lepas Datuk Vida Cer0b0h Rumah Dia Pukul 3 Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*