“Tahniah, Siapa Yang Bagi Tu..” – Kongsi Foto Cincin, Reen Rahim Dah Dilamar?

Tindakan pelakon Reen Rahim memuat naik foto dirinya di hadapan sebentuk cincin di laman Instagram mengundang persoalan dalam kalangan rakan artis dan peminatnya.

Menerusi perkongsian tersebut, cincin yang dipegang oleh seorang individu itu membuatkan ramai tertanya-tanya adalah pelakon berusia 33 tahun itu dilamar insan istimewa yang berjaya menambat hatinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Di bahagian kapsyen, pelakon yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Pilih Kasih itu menulis ‘no caption’ selain hanya meletakkan emoji berbentuk hati dan cincin.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa teruja sekali gus mengucapkan tahniah atas ‘lamaran’ berkenaan malah tidak sabar bagi melihat pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut daripada Reen sendiri setakat ini. Adakah benar dia dilamar kekasih hati atau sekadar gimik lakonan semata-mata?

Terdahulu, Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim pernah menjalinkan hubungan cinta jarak jauh dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr AR sekitar tiga tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tahniah, Siapa Yang Bagi Tu..” – Kongsi Foto Cincin, Reen Rahim Dah Dilamar?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*