Biaya umrah sahabat, kebaikan Adibah Noor dibawa ke syurga

Rumah penyanyi Allahyarham Adibah Noor, 52, yang terletak di Keramat Permai, di sini mula dikunjungi kaum keluarga dan jiran sejak jam 7 pagi lagi.

Harian Metro yang sempat menyapa seorang ahli keluarga berkata, mereka mula berkumpul sejak semalam sejurus menerima khabar duka itu.

“Kebanyakan keluarga sudah datang sejak semalam lagi. Pagi ini jiran tetangga pula datang menziarah dan bacaan yasin,” katanya.

Beberapa petugas media juga sudah mula kelihatan namun tidak dibenarkan berada di dalam dan perkarangan rumah bagi menghormati permintaan keluarga yang mahukan privasi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat jam 9 pagi hari ini untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Bertahun-tahun simpan sak1t

Bekas peserta Gegar Vaganza 2021 itu berpulang pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles pukul 7.40 malam selepas bertarung sekian lama dengan penyakit yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, kanser ovari.

Khabar berpulangnya Adibah ke negeri abadi pertama kali disampaikan oleh isteri Datuk AC Mizal, Datin Emylia sebelum pelaku seni yang sangat akrab dalam perjuangan karier mereka, Afdlin Shauki mengesahkan khabar duka itu kepada rakan media.

Namun bertahun-tahun lamanya, kepada keluarga dan sahabat rapatnya, masih, pemilik dua album iaitu “Terlalu Istimewa” (2005) dan “Teman” (2010) ini mahu penyakitnya itu kekal menjadi rahsia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

Kanser ovari yang dihidapi pelantun “Terlalu Istimewa” ini sudah krit1kal, di tahap keempat. Malah beliau berada dalam fasa melakukan kimoterapi bagi mengubati penyak1t kanser ini.

“Ya, kami sudah lama tahu (beliau mengh1dap kanser) tapi memegang janji,” ujar pengurus Misha Omar, Mimie Omar penuh kesed1han terhadap Allahy4rham kepada Gempak.

Duit untuk umrah

Seorang lagi sahabat yang juga penulis lirik lagu Adibah, “Bahasa Rindu”, Opie Sofea, dia mengenang bekas guru bahasa Inggeris yang lahir di Kuala Lumpur ini sebagai figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa.

Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 13 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.

“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu ‘Bahasa Rindu’. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.

Misha Omar menangis

Misha Omar yang merupakan rakan seperjuangan dan sangat akrab dengan Allahyarham termasuk Deejay ERA dan penyanyi Dina serta penyanyi senior Salamiah Hassan, hanya mampu menahan sedih di dada.

“Di awal kimo, beliau sudah tidak lalu makan,” begitu ungkap Misha dalam tangisan.

Di hujung hayatnya, Adibah Noor masih berusaha membuat orang lain bahagia dan memberi semangat kepada dirinya, ‘aku baik baik sahaja’. Meski berusaha, sebagai manusia, kita semua adalah milik yang Esa.

Seperti janjiNya, diambil kembali kita dalam keadaan yang diinginkanNya.

Begitulah akhir perjalanan hidup seorang Adibah Noor. Canda, tawa, keceriaan dan keramahannya menyapa sesiapa yang ditemui sama ada secara spontan atau lewat temujanji, semuanya usai sudah.

Ia hanya tinggal kenangan yang harum buat semua yang pernah mengenali jiwa bersih dan keperibadian ceria seorang wanita hebat seperti beliau.

Semoga segala kebaikan dan amal yang ditinggalkan berbau harum buat kita semua. Dan salam takz1ah buat seluruh keluarga Allahy4rham Adibah Noor.

Buat industri hiburan tempatan, bertuahlah kerana pernah mempunyai permata yang sangat berharga seperti Adibah Noor sekaligus menjadi tanda aras dalam dunia glamor, rupa paras bukan segalanya, tetapi sikap membumi, bakat dan kepintaran akan selalu membuat seseorang itu ‘hidup’ biar telah pergi meninggalkan kita semua.

Al Fatihah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Harian Metro, Gempak, Astro Awani

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Biaya umrah sahabat, kebaikan Adibah Noor dibawa ke syurga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*