Penyanyi Ani Maiyuni memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa merahsiakan penyakit dihidapi Allahyarham Adibah Noor.
“Dia S4kit Lepas Habis GV Masa Nak Shooting GV Raya, Lepas Tu Demam On/Off” –
“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.
“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sak1t selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.
“Selepas itu, lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan cov1d. Bila saya tanya dia secara peribadi, baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya.
Keredit foto: IG
Tambahnya lagi, ketika itu Adibah kena berpantang dan berehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.
Jelasnya, penampilan Adibah yang kurus baru-baru ini adalah persembahan pertamanya selepas berehat.
Harian Metro melaporkan, Allahyarham yang menghidap kanser ovari tahap empat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga dan sahabat handai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Cari
Be the first to comment on "Ani Maiyuni Mohon Maaf terpaksa Merahsiakan Pnyakit Arwah dan Cerita bila Dia tahu Keadaan Sebenar"