Anwar Ibrahim Berjaya Jadi PM Ke-10, Ini Pula ‘Nasib’ Zahid Hamidi

Wartawan mula memenuhi pekarangan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Long di sini, hari ini.

Kenderaan juga dilihat mula masuk ke kediaman Pengerusi Pakatan Harapan itu sebaik mengetahui Pengerusi Pakatan Harapan itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Antara yang kelihatan adalah anak kepada pemimpin PKR, Nurul Izzah.

PM10: Perjumpaan lebih 100 Ketua Bahagian Umno bersama Ahmad Zahid di WTCKL

Dalam perkembangan terkini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu lebih 100 Ketua-ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia petang ini.

Lebih 100 Ketua Bahagian UMNO sedang mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Perjumpaan tersebut difahamkan bagi menyatakan solidariti kepada Presidennya dan menyatakan kekesalan terhadap gesaan daripada beberapa parti komponen BN supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN.

BN-Umno akan berakhir jika kerjasama dengan PN, kata Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata, hayat politik Barisan Nasional (BN) dan Umno akan berakhir jika membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Zahid yang juga presiden Umno itu berkata, pihaknya perlu memperhalusi dan berfikir panjang jika ingin menjalin kerjasama politik dengan PN, terutamanya Bersatu, demi kepentingan parti.

“Kita tahu Bersatu mahu ‘membunuh’ Umno, begitu juga dengan PN, mahu ‘bunuh’ BN sebab 73 kawasan dimenangi mereka ialah kerusi majoriti Melayu, (di mana) Umno juga bertanding.

“Jadi untuk jangka panjang, kalau kita bersama dengan PN, maka Umno akan berakhir hayat politiknya,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, kesemua 30 Ahli Parlimen BN dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, diikuti 23 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Susulan pertemuan itu, Zahid memaklumkan bahawa Agong menitahkan agar BN mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Zahid berkata, semua calon BN telah menandatangani surat akuan bersumpah yang memberi kuasa kepada beliau sebagai pengerusi untuk membentuk kerajaan atau bergabung dengan mana-mana pihak setelah perbincangan diadakan di peringkat pimpinan tertinggi BN dan Umno.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat kepada Agong yang kononnya menyatakan 30 Ahli Parlimen BN sebulat suara memberikan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Zahid turut mengakui bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, pada 21 Nov lalu manakala dengan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam.

kredit: fmt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anwar Ibrahim Berjaya Jadi PM Ke-10, Ini Pula ‘Nasib’ Zahid Hamidi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*