Mncung Hdiung. Pnyanyi Us0pDpat Anak Prtama Buat Rmai UcapThniah. Ini NamaYng Dibri

Kuala Lumpur – Baru saja sebentar tadi menerusi akaun Instagram, penyanyi Usop berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Teha Richer s.elamat melahirkan putera sulung mereka.

Usop, 25, telah memuat naik sekeping foto menyaksikan Teha atau Nur Fatihah Md Hashim mendukung anaknya yang diberi nama Muhamad Saif Umar.

Sekadar info, Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor atau lebih dikenali sebagai Usop merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau mula dikenali setelah menyertai MentorMilenia 2017 dimana beliau dinobatkan sebagai naib juara didalam program realiti TV tersebut. Beliau juga merupakan naib juara program realiti TV Big Stage musim 3.

Terdahulu, dua tahun perkenalan penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat 4 Februari 2022.

Pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam dekat Penaga, Pulau Pinang.

Penyanyi lagu Selamanya ini menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.

Melahirkan rasa syukur, Usop berharap dapat menjalankan t.anggungjawab dengan baik biarpun usianya masih muda.

Penyanyi berusia 24 tahun ini turut berkata dia ingin menjadi seorang suami yang terbaik buat Fatihah, 25.

Alhamdullilah, Tahniah Usop

“Alhamdulillah, Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, kira-kira lewat petang tadi Usop ada berkongsi sekeping fotonya memegang erat tangan isterinya ketika dimasukkan ke h.ospital bersalin.

Dalam entri itu, Usop memohon orang ramai mendoakan agar permudahkan urusannya dan isteri menyambut kehadiran ahli baharu.

Kredit : BM/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Onlinemalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mncung Hdiung. Pnyanyi Us0pDpat Anak Prtama Buat Rmai UcapThniah. Ini NamaYng Dibri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*