KEMELUT di antara pelakon Nina Iskandar dan bekas isteri suaminya seperti belum berkesudahan meskipun aktres itu sudahpun mendirikan rumah tangga pada April lalu.
Tuduuhan kononnya Nina sebagai punca Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah dan bekas isterinya kembali menjadi buah mulut netizen sehingga aktres ini tampil menjelaskan perkara sebenar.
Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 28, menyangkal tuduuhan itu dan menjelaskan dia hanya menjalinkan hubungan serius selepas setahun Lan dan bekas isterinya itu berpisah.
“Saya bersump4h dengan nama Allah bahawa semua dakwaan itu adalah tidak betul sama sekali. Suami saya dan bekas isterinya sudah berpisah hampir setahun sebelum kami berjumpa dan mereka bercer4i secara rasminya pada Januari lalu bukan Februari.
Antara kenyataan dimuat naik Nina Iskandar di Insta story miliknya.
“Mereka dah lama ada masalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Biarlah itu antara mereka. Benda dah lepas dah pun.
“Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius hanya selepas semua itu terjadi. Soal jodoh ni rahsia Allah. Kita sebagai ciptaanNya susah nak cakap,” ujarnya.
Selain itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut meluahkan rasa kecewa apabila hal tersebut mula dibangkitkan kembali selepas majlis resepsi perkahwinannya berlangsung Ahad lalu.
“Cuma saya agak kecewa difitn4h menjadi punca mereka (bercer4i) seperti didakwa. Walhal bukti semua ada di dalam telefon bimbit suami saya tetapi kami tidak pernah pun mengaiibkan. Kami cuma simpan segala bukti sekiranya ia amat diperlukan suatu hari nanti.
Nina melangsungkan majlis resepsi Ahad lalu.
“Saya juga telah menghantar notis untuk menyam4n beberapa pihak dan salah seorang daripada mereka merupakan jurusolek.
“Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kec0h oleh bekas isteri suami saya.
“Kalau dia betul dia tak akan keluarkan kenyataan seperti didakwa kemudian kenyataan kedua menafikan saya peramp4s dan ada salah faham. Selepas majlis resepsi saya minggu ini dia mula balik buat kec0h,” katanya.
Dalam pada itu, Nina yang berasal dari Brunei tetap dengan pendiriannya untuk menyam4n beberapa pihak termasuk seorang jurusolek atas tuduuhan yang dilemp4rkan dengan alasan ia telah menjejaskan reput4si dan kariernya sebagai pelakon.
Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang l1cik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan peniipu4n mereka
NINA ISKANDAR
PELAKON
“Untuk pengetahuan anda, kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula ‘meny4lak’ semula.
“Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang l1cik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan pen1pu4n mereka,” katanya.
Nina mengejutkan industri hiburan apabila melangsungkan majlis resepsi yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras pada Ahad lalu selepas empat bulan bergelar isteri kepada Lan.
Nina bersama peguamnya, Mohd Irwan Mubarak (tengah), dan Mohd Khairil Abidin.
Nina sebelum ini dikatakan telah mengenali Lan ketika terl1bat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan Heykal Hanifah.
Pada Mac lalu, Nina mencetuskan kontr0versi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga pengarah berkenaan.
Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah.
Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber : Mstar