10 Fesyen Tudung Dari Simple Hingga Ke Labuh, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Buat Ramai Sejuk Hati Bila Melihatnya

Baru-baru ini merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diisytiharkan menjadi Ketua Negara yang baharu apabila baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Di sebalik gemilangnya Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan yang diadakan hari ini, mata-mata netizen nampaknya tertumpu kepada Raja Permaisuri Agong yang baru, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cantik rupawan.

“Sejuk hati tengok Permaisuri Agong menutup aurat… lambang wanita Islam”

Admin sempat juga jengok di media sosial apa pandangan netizen terhadap Raja Permaisuri Agong yang baru ini.

Dibawah Kita Lihat Fesyen Tudung Raja Permaisuri Agong Dari Yang Simple habis ke tudung lawa tutup dab labuh habis

Tudung simple mudah untuk memasak

Tudung simple ala orang kampung pergi mengundi

Tudung keluar membeli durian simple je

Tudung ketika bantu mangsa banjir simple untuk mudah melakukan kerja

Gaya Tudung paling ramai gadis melayu pakai. Ralax je Raja Permaisuri pakai Janji Tutup aurat

Tudung warna oren labuh memang gaya beliau

Tudung labuh lepas bahu menutup habis bahagian depan

Tudung labuh warna biru

Ternyata ramai yang menyukai penampilannya yang bertudung litup dan memakai pakaian yang lengkap menutup aurat. Inilah lambang wanita Islam yang patut dijadikan ikutan!

“Permaisuri ini nampak sangat lembut, tenang, simple dan baik. Inilah yang kita mahukan daripada seorang ‘first lady’”

Tak cukup dengan tu, ramai juga tak kira bangsa kagum dengan gaya dan penampilan yang dibawa Tunku Azizah. Kata netizen, baginda terlihat sangat lembut, peramah dan membawa ciri ‘first lady’ yang rakyat impikan.

Suka cara Sultan Abdullah tengok Tunku Azizah”

Malah layanan spontan Al-Sultan Abdullah kepada isterinya yang terlihat ‘sweet’ itu juga mendapat perhatian netizen.

Watch the whole istiadat today and I love the way Sultan Abdullah look at Tunku Azizah and the way His Majesty responded to everything said to him throughout the ceremony ❤ Plus, what a beautiful Permaisuri Agong we have now 😍😍😍😍

Admin setuju sangat dengan apa yang dikatakan netizen kat atas ni. Sejuk hati bila tengok YDP Agong dan Raja Permaisuri baru kita ni.

Kami daripada Lobak Merah merafak sembah setinggi-tinggi tahniah buat baginda berdua atas pengisytiharan sebagai Ketua Negara yang baharu pada hari ini. Daulat Tuanku!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: lobakmerah

Apa komen anda?

Be the first to comment on "10 Fesyen Tudung Dari Simple Hingga Ke Labuh, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Buat Ramai Sejuk Hati Bila Melihatnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*