Mewah Bak Puteri! Majlis Sambutan Hari Jadi Yang Ke-7 Anak Jutawan Ini Menarik Tumpuan Ramai!

Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!

Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.

Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.

Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : nona.my via sweetnutella

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mewah Bak Puteri! Majlis Sambutan Hari Jadi Yang Ke-7 Anak Jutawan Ini Menarik Tumpuan Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*