Hero kegilaan dari Thailand, Sunny Suwanmethanont Datang Malaysia!

Filem popular Thailand, I Fine.. Thank You.. Love You, Heart Attack, Mr. Hurt dan Brother of The Year, mesti anda pernah dengar tajuk cerita ni. Kalau betul, pastinya anda mengenali wajah kacak ini.

Lakonan Sunny Suwanmethanont sering menjadi pilihan kepada penonton dan peminat industri hiburan tempatan.

Tidak hanya bersandar dengan wajah kacak semata-mata, Sunny merupakan seorang aktor yang penuh dengan bakat dan kebolehan.

Berita baik kepada anda semua, Sunny bakal menemui anda bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga platform penstriman Dimsum di Malaysia pada bulan November ini!

Sebuah konsert yang menampilkan sembilan artis popular dari Thailand, Dimsum Thai Pop 2019 akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

Konsert besar-besaran tersebut bakal dimeriahkan dengan kehadiran Sunny serta artis-artis popular Thailand seperti 9BY9, Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang, Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat dan ramai lagi.

Bakal berlangsung di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor, pada 10 November 2019 pada jam 6 petang, tiket konsert dimsum Thai Pop 2019 telah mula dijual bermula RM199 sehingga RM2,000.

Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari laman web www.dimsum.asia!

Apa komen anda?