Misteri 2 tan ikan gelama di Tanjung Lumpur

Fenomena aneh melebihi 2 tan ikan Gelama yang berjaya dibawa pulang oleh nelayan pesisir pantai di Kampung Anak Air, Tanjung Lumpur hari ini sememangnya sesuatu yang menarik dan menjadi misteri kepada penduduk disitu.

Mereka seakan bingung namun gembira apabila melihat begitu banyak Ikan Gelama dibawa pulang oleh nelayan kecil-kecilan pesisir pantai yang dikatakan pertama kali terjadi disitu.

Seorang penduduk yang ditemui dan hanya mahu dikenali sebagai Mat Dan, 48, berkata, dia tidak pernah melihat kejadian luar biasa itu sepanjang tempoh 20 tahun menjadi penduduk disitu.

Bagi kebanyakkan nelayan pesisir pantai, tangkapan mereka pada musim ini disifatkan lebih lumayan berbanding musim-musim sebelumnya dan menganggap ia rezeki dari Allah buat mereka sebelum tiba musim peralihan monsun tidak lama lagi.

Kejadian aneh itu menjadi tular dilaman sosial hari ini selepas ada penduduk yang memuat naik di laman facebook mereka.

Ia ibarat sebuah pesta apabila ramai orang turun ke pantai sebaik nelayan pulang untuk memiliki ikan Gelama segar pada harga borong.

“Kami jual borong je hari ni, sebaldi empat riyal, kat orang kampung mari ambik free je,” kata salah seorang nelayan yang berjaya membawa pulang lebih 2 tan Ikan Gelama hari ini.

Allah Maha Kaya, dan Dia mampu memberi apa sahaja yang dikehendakinya.

Rezeki tidak akan salah alamat, tidak kira apa halangannya, ia akan tetap sampai ke tangan penerima yang tepat dan setiap daripada rezeki itu ada bahagiannnya kepada orang lain.

Sama-samalah kita berdoa agar bumi Pahang yang bertuah ini terus aman, maju dan makmur. Hasil negeri yang bertambah dan berlipat ganda dimana dari rezeki itulah Kerajaan Negeri dapat terus membantu rakyat. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah (SWT).

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Dan Media Pahang.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Apa komen anda?