Khai Bahar menjadi bualan Hangat, Akhirnya Nana Bersuara status nya

Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 35, bukan tidak mahu berkahwin baru tetapi berat hati memikirkan penerimaan keluarga bakal mentua terhadap statusnya.

Nana berkata, sebagai wanita matang dia tidak boleh ambil mudah soal cinta semata-mata kerana sedar banyak hati perlu dijaga.

“Selain penerimaan anak tunggal saya, apa yang selalu difikirkan jika nak berkahwin baru ialah status diri sebagai janda anak satu.

“Sejujurnya, bolehkah keluarga lelaki yang sukakan saya itu terutama ibu bapanya terima status janda anak satu yang saya galas selama ini,” katanya.

Nana dihubungi Harian Metro bagi mengulas gosip cinta membabitkan dirinya dengan penyanyi lelaki popular Khai Bahar, 25.

Apatah lagi, Khai dalam satu temubual bersama media baru-baru ini memaklumkan ibunya, Rosnah Mohamad mengetahui gosip cinta dia dan Nana.

Malah, Khai juga memberitahu ibunya menyukai semua kawan baik dan rapatnya termasuk Nana.

Ditanya sama ada sudah bertemu dengan ibu Khai, juara Gegar Vaganza musim kedua itu berkata mereka belum pernah bersua muka.

Menurut Nana, dia melihat positif penerimaaan baik ibu Khai terhadap gosip cinta mereka yang timbul hingga menarik perhatian peminat.

Katanya, selain cinta dan suka sama suka, penerimaan keluarga bakal pasangan sangat dititikberatkan.

“Restu ibu bapa dalam perkahwinan sangat penting. Apatah lagi, untuk saya yang pernah gagal dalam perkahwinan yang lalu.

“Saling mencintai dan menerima di antara saya dengan bakal pasangan sahaja tidak cukup untuk kami layak membina rumah tangga,” katanya.

Gosip cinta Nana dan Khai semakin menjadi bualan hangat terutama dalam kalangan peminat masing-masing sejak muncul dengan lagu duet, Satukan Rasa.

Malah, pasangan serasi disukai ramai itu berkerjasama pula dalam drama berjudul Satukan Rasa yang sebagai pelakon utama.

Selain Khai, Nana juga pernah digosip bercinta dengan pelakon Fikry Ibrahim, 25, kerana pernah bergandingan dalam drama.

Nana yang popular dengan lagu Terus Mencintai dan Hatiku Milikmu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada 2006.

Namun, jodoh tidak panjang apabila bercerai pada 2009 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie, 11.

Salam Maulidur Rasul

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

 

Apa komen anda?