Selepas ditahan ini yang terjadi kepada Aliff, dan ini respon ibu Aliff sendiri

SELEPAS beberapa jam penyanyi dan pelakon kontroversi @liff @ziz ditahan polis Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan m4buk, dia dipercayai dibebaskan pada Ahad malam.

Menurut perkongsian ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad di Instagram, Aliff kini berada dalam keadaan baik.

Namun tiada butiran lanjut mengenai bila Aliff dibebaskan.

Siti Hafiza turut berkongsi sebuah video yang memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Mohamad Ayden Adrean selain turut kelihatan bekas isteri, Bella Astillah.

“Pada yang bertanya tentang keadaan anak kami Aliff Aziz, Alhamdulillah berkat doa daripada semua dia kini berada dalam keadaan baik terutamanya selepas dapat bertemu Ayden.

“Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan hanya Allah tahu apa yang kita tidak fahami,” tulis Siti Hafiza pada kapsyen video berkenaan.

Dalam pada itu, Hafiza turut meminta agar orang ramai tidak menghukum anaknya tanpa usul periksa.

Video Aliff Aziz bergelut dengan polis di Singapura tular.

“Moga kita mempunyai rasa belas kasihan sesama manusia dan tidak cepat menghukum kesalahan seseorang itu.

“Terima kasih atas doa kalian, sesungguhnya ia sangat bernilai buat kami sekeluarga,” tambah Siti Hafiza.

Terdahulu, tular di media sosial video Aliff bergelut dengan enam anggota polis di Singapura kerana dia dipercayai menganggu ketenteraman awam dalam keadaan m4buk.

Sumber Mstar

Apa komen anda?