Bapa OKU Ini Gigih Mahu Uruskan Anak Walaupun Tangan Kudung Kerana Kemalangan

Disebalik senyuman seorang bapa, di atas bahu mereka menggalas satu tanggungjawab yang amat besar, iaitu mahu memberikan yang terbaik buat keluarganya, walau apa jua keadaan mereka.

Begitu juga dengan seorang bapa dari China ini, dikenali dengan nama Wang Gang, meskipun mempunyai kekurangan daripada segi fizikal, ia tidak menghalang Wang untuk membantunya isterinya menguruskan anak.

Hilang tangan terlibat kemalangan

Wang telah kehilangan tangan akibat terlibat dalam satu kemalangan ketika usia 13 tahun, menyebabkan kedua belah tangannya terpaksa dipotong.

Dengan keadaan fizikal yang sebegitu rupa, Wang menggunakan segala kudrat yang ada untuk mengurus dan menjaga anaknya yang berusia 9 tahun apabila isterinya keluar bekerja.

Hanya berharap pada dua kaki

Nampak seperti rumit, namun dengan usaha yang berterusan Wang melakukan segala kerja rumah dan menguruskan anak termasuk memandikan, memberi makanan dan menyiapkan pakaian hanya dengan menggunakan kedua belah kakinya.

Malah, Wang juga mampu untuk mendukung dan bermain bersama anaknya dengan kedua belah kakinya. Setiap kali dia mendukung anak lelakinya itu, dititipkan pesan agar mendengar kata-katanya berharap agar anaknya selamat.

“Anakku, ayah hanya memiliki pinggul tanpa lengan jadi kamu perlu mendengar kata ayah saat didukung…”

Cukup tabah Wang menjaga anaknya walaupun dengan kekurangan yang ada, ini membuktikan bahawa dengan kasih sayang dan usaha, tidak mustahil perkara yang rumit mampu untuk kita lakukan. Sebaliknya, kekurangan itu menjadi satu kekuatan.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

OKU puin gigih nak tolong, yang cukup sempurna taknak tolong

Kau insan yang kuat bro..

Kau lelaki yang hebat..

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber : Xinhua News via Oh My Media

Apa komen anda?