Puas berubat tapi tak juga sembuh, Ustaz ni jelaskan kenapa boleh terjadi macam itu

ASSALAMMUALAIKUAM pembaca mStar, semoga dirahmati Allah.

Ada satu persoalan yang bermain di kepala sesetengah orang berkenaan dengan mencari kesembuhan dari gangguan jin atau penyakit, iaitu sesetengah orang apabila berubat mereka sembuh dan sebahagian yang lain tak sembuh-sembuh walaupun dah pergi ruqyah atau berubat banyak tempat dan menghabiskan banyak wang.

Perlu diingatkan bahawa yang saya maksudkan berubat ini hanya dengan menggunakan ayat-ayat Allah sahaja dan tidak menggunakan jin yang boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah.

Beberapa pengalaman saya dalam berubat terdapat beberapa kes yang mana apabila kita bacakan ayat Allah kepada mereka, tidak memberikan kesan langsung kepada mereka.

Pada hal kalau kepada sebahagian yang lain menunjukkan reaksi yang mendadak seperti muntah-muntah ataupun jin dah mengilai dan sebagainya.

Tetapi kepada sebahagian mereka relaks je tak ada apa-apa kesan kepada mereka pada hal badan mereka sakit-sakit yang amat sangat.

Seolah-olah ayat-ayat al-Quran tidak dapat menembusi badan mereka seperti ada satu dinding penghalang.

Sedangkan kita yakin bahawa ayat-ayat Allah adalah ubat penawar bagi segala penyakit sebagaimana dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” – [Al-Isra’:82].

Kita kena yakin dan beriman kepada ayat-ayat al-Quran sebagai ubat penyembuh. Apabila dibacakan ayat ayat al-Quran kepada sebahagian orang tetapi tidak ada kesan apa-apa bukanlah menunjukkan bahawa jin dalam badan mereka lebih kuat dari ayat ayat Allah atau ayat -ayat Allah itu lemah, tetapi sebenarnya ada dinding penghalang dari kesembuhan.

Maksudnya Allah tidak mengizinkan kesembuhan tersebut kerana dosa-dosa tertentu kita kepada manusia lain dan Allah.

Penyakit itu daripada Allah dan ubatnya pun daripada Allah. Jadi kalau Allah tak izinkan kesembuhan maka walau siapa pun yang membacanya maka mereka tidak akan sembuh.

Bermasam muka dengan adik beradik

Dalam beberapa kes yang saya kendalikan satu keluarga kita ruqyahkan (bacakan ayat-ayat suci al-Quran) ada anak lelaki, anak perempuan, ayah dan ibu mereka.

Apabila sesi ruqyah bermula selepas beberapa ayat al-Quran kita bacakan, anak perempuan mereka terus muntah-muntah.

Selepas semua jin dah keluar dari badan anak perempuan, disusuli dengan anak lelaki pula.

Tetapi ibu dan ayah mereka langsung tidak ada apa-apa reaksi pada hal mereka sangat sakit seluruh badan.

Jadi saya pun nasihat ibunya supaya berdoalah kepada Allah supaya Allah tunjukkan apa-apa kesalahan dan dosa yang menghalang kesembuhan sakitnya itu.

Apabila sesi ruqyah dah selesai, kata si ibu, sebenarnya dia bermasam muka dan bergaduh dengan adik-beradiknya dan emak sangat marahkannya.

Saya nasihatkan ibunya gunakanlah apa-apa cara supaya kamu berdamai dan pujuklah ibu serta bertaubatlah kepada Allah.

Ambil tanah hak orang

Dalam satu kes lain minggu lepas, seorang anak dirasuk jin dari kecil bermain sama-sama sampai habis universiti dan bekerja.

Tetapi anaknya tidak boleh bekerja dan bawa kereta kerana selalu diganggu.

Apabila kita ruqyahkan jinnya keluar tetapi masuk semula dalam badan. Sudah dua tahun lebih berubat tetapi tidak sembuh.

Lalu saya nasihatkan perkara yang sama mungkin ada penghalang kesembuhan anaknya itu. Akhirnya terbongkar cerita bahawa rumah yang diduduki keluarga mereka sebenarnya adalah tanah perkongsian tetapi ayahnya ambik hak pekongsi yang lain.

Sampai sekarang tidak dikembalikan. Saya minta maaf kepada mereka kerana tidak mampu nak buat apa-apa.

Hanya Allah sahajalah yang boleh mengizinkan segala kesembuhan anak perempuannya.

Kalau kita fahami betul-betul ayat di atas dan kisah yang saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri, sebenarnya sudah cukup menjadi pengajaran buat umat manusia bahawa sekiranya mereka termasuk golongan yang zalim sama ada kepada diri sendiri dengan mengingkari perintah Allah atau kepada manusia lain, maka Allah akan halang penyakit mereka dari kesembuhan.

Dari sudut lain, Allah Maha Penyayang, apabila hambanya diuji maka ia merupakan satu penebusan dosa-dosa kita.

Keduanya Allah nak tambahkan pahala kita bila kita bersabar dengan penyakit yang kita alami.

Ketiganya, Allah nak angkatkan darjat keimanan kita dalam hal kita diuji dengan penyakit.

Pada kesempatan ini juga saya nak kongsikan beberapa ciri-ciri rumah atau pejabat yang ada gangguan jin.

Ciri-ciri gangguan jin di rumah dan pejabat

1.Selalu ada penampakan atau kelibat jin.

2.Sentiasa kedengaran yang pelik seperti macam orang menumbuk sambal kat dapur tetapi tak ada orang pun.

3.Pintu selalu terbuka tertutup sendir bukan kerana angin.

4.Bunyi macam orang tabur pasir ka tatas bumbung.

5.Bunyi main guli, susun kerusi tengah malam.

6.Selalu mimpi yang buruk dan menakutkan.

Sila kongsikan artikel ini semoga menjadi sebahagian amalan jariah kita dan untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi atau hantarkan mesej melalui whatsApp saya di 011-1144 8987.

***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.

Sumber Mstar

Apa komen anda?