CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng secara tidak rasmi berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas memperoleh majoriti hampir 12,000 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, hari ini, setakat 8 malam.
Jeck Seng yang mengumpul mengumpul 22,508 undi, jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini yang memperoleh 9,024 undi (setakat 8 malam).
BN kini di landasan tepat untuk merampas kerusi parlimen itu memandangkan peratusan pengundi 75 peratus hari ini menyaksikan 39,739 pengundi turun mengundi daripada keseluruhan 52,471 pengundi berdaftar.
Parlimen Tanjung Piai sebelum ini dikuasai PH dengan majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Jeck Seng yang ketika itu memperoleh 20,731 undi, tewas kepada calon PH, Farid Rafik yang mendapat 21,255 undi, manakala calon PAS, Nordin Othman dalam pertandingan tiga penjuru itu, memperoleh 2,962 undi.
Ini komen padu DS Najib Razak
Tanjung Piai satu medan perjuangan yang amat sukar.
Jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali.
Kira-kira RM30 juta ditabur oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri dan angka ini mungkin melambung lebih jika diambil kira dana politik mereka.
Sampaikan ada iklan politik di muka depan akhbar Sinar Harian dan New Straits Times meminta rakyat mengundi Pakatan Harapan.
Naskhah-naskhah ini diedarkan secara percuma juga.
Belum ditambah lagi kad prabayar percuma, minyak masak dan macam-macam lagi “hadiah” untuk penduduk Tanjung Piai oleh Pakatan Harapan.
Malah ada Menteri-menteri yang masih berkempen pada hari mengundi sedangkan ini tidak dibenarkan.
Sama ada kesemua ini mematuhi peraturan, undang-undang dan etika kempen, hanya SPR dan BERSIH boleh jawab.
Namun sama seperti di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, atau kes-kes lain melibatkan kesalahan Pakatan Harapan, ramai masih tertanya akan tindakan lanjutan yang akan diambil.
Tiada demonstrasi yang akan dianjurkan. Tiada sesiapa yang akan bergolek di jalan raya atau bermalam di Dataran Merdeka.
Inilah realitinya hari ini.
Ya, kempen dan jentera Barisan Nasional terikat dan berhadapan dengan ketidakadilan ini.
Namun kita sedar kita tidak akan tunduk kepada mana-mana kuasa kecuali KUASA RAKYAT.
Kita tidak putus asa.
Jentera Barisan Nasional dan calon kita Wee Jeck Seng hanya berbekalkan mikrofon, ucapan dan kemesraan bersama pengundi.
Kita bawa keikhlasan dan senyuman berjumpa dengan pengundi sahaja.
Wee Jeck Seng telah lama berada di sini dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Warga pengundi Tanjung Piai, terima kasih kerana memberikan keyakinan sekali lagi kepada Wee Jeck Seng untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.
Ini satu undi kepercayaan
..kepada Wee Jeck Seng
..kepada MCA
..kepada Barisan Nasional
..kepada MUAFAKAT NASIONAL.
Kuasa di tangan rakyat dan ini adalah kemenangan rakyat. It is the people’s victory.
Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.
Kepada rakan-rakan kita dari PAS.
Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, seluruh barisan kepimpinan PAS serta ahli-ahli PAS.
Terima kasih kerana kejayaan kita di Tanjung Piai juga adalah atas sumbangan tenaga dan sokongan saudara-saudari.
Rakyat telah menghantar mesej yang jelas kepada Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan perlu sedar.
Cukuplah berjanji manis dan bercakap kosong.
Cukuplah menyusahkan rakyat.
Cukuplah dengan pembohongan dan fitnah.
Malaysia kini dalam krisis, rakyat kini menghadapi krisis.
Muafakat Nasional hari ini menjadi pilihan rakyat.
Saya dan rakan-rakan akan menggenggam erat kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kami ini.
Saya akan berdiri bahu ke bahu bersama mu semua, memperjuangkan isu-isu rakyat.
Terima kasih Tanjung Piai.
Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!
Sumber Fb Najib Razak