Malaysia memperoleh kemenangan pada malam ini setelah berjaya menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Rembatan kencang kaki kiri Safawi Rasid tenyata membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan kedua-dua gol kemenangan pada minit ke-29 dan 72.
Safawi Rasid wira Harimau Malaya
Pada beberapa hari yang lalu, menerusi Instagram Safawi, beliau memuatnaik satu rakaman video yang menunjukkan ibunya mengucapkan rasa syukur setelah Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.
Dengan linangan air mata, ibunya turut mendoakan supaya Safawi dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.
”Alhamdullillah anak ma dapat anugerah yang terbaik.. ma bersyukur sangat pada Allah.. semoga buat yang terbaik insyaAllah..” kata ibunya.
BERKAT DOA DARIPADA IBU
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen di posting turut berkenaan menzahirkan rasa terharu mereka.
Ramai yang tidak dapat menahan sebak dan menyatakan kemenangan Safawi adalah hasil dari berkat doa seorang ibu.
Sumber : Instagram safawirasid29
Kredit : SIAKAP KELI