Tak Sempat Buat ‘Projek’ Curi Motor, Lelaki Kantoi Owner Tiba-Tiba Muncul

Sejak kebelakangan ini, seringkali kita dengar di media sosial mengenai kes kecurian kereta atau motosikal yang berlaku di Malaysia. Menerusi laporan Berita Harian sebelum ini, sejak beberapa tahun yang lalu jumlah kecurian kenderaan berjaya diturunkan hasil daripada kolaborasi bersama pelbagai agensi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walaupun begitu, kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dilihat masih lagi berlaku.

Terbaru, viral di Twitter mengenai seorang lelaki yang cuba mencuri motosikal di kawasan parking di sebuah hospital. Namun, percubaannya untuk mencuri gagal selepas dia terkantoi apabila pemilik motosikal itu muncul dihadapannya.

Kejadian itu disedari seorang pegawai perubatan yang bekerja di hospital tersebut apabila dia melalui kawasan parking itu dan melihat individu terbabit sedang membuat ‘kerja’ mencuri salah satu motosikal di situ. Pegawai tersebut kemudian bertindak dengan melaporkan insiden itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Kebetulan, pada waktu itu juga pemilik motosikal tersebut muncul.

Menerusi video berdurasi 0:31 saat, dilihat suspek berada dalam keadaan ketakutan apabila perbuatan kotornya diketahui oleh pemilik kenderaan itu dan orang ramai. Lebih memalukan apabila situasi itu ditonton oleh orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut. Suspek juga dilihat berkali-kali mengucapkan kata maaf kepada owner motosikal tersebut atas perbuatannya.

Mereka kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut. Suspek telah ditahan oleh pihak polis sebaik sahaja mereka tiba di tempat kejadian. Walaupun tangan telah digari, tetapi suspek dilihat cuba bertindak ganas dan menunjukkan tanda protes. Walau bagaimanapun, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini.

Pegawai bagi tahu pak guard

Sumber: Berita Harian, Xexeyaya

Apa komen anda?