Sebelah tangan lagi cari rezeki, Bapa tunggal Ini Bekerja Sambil Dukung Anak Undang Sebak

Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa tunggal di luar sana, tidak mudah bagi mereka untuk membesarkan anak-anak sendirian tanpa isteri atau suami.

Begitu juga dengan kisah bapa tunggal ini, yang telah kehilangan isteri sejak beberapa bulan lalu. Kini dia memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada anak perempuannya yang masih lagi kecil.

Cekal bekerja sambil gendong anak

Berasal daripada Cianjur, Indonesia, kisah bapa itu mula tular di Instagram pemilik akaun Visit Cianjur, yang memuat naik video memaparkan bapa itu sedang berkerja sambil menggendong anaknya.

Meskipun terpaksa melakukan pekerjaan berat sebagai penampal tayar, bapa itu tidak mahu anak kecilnya kurang perhatian dan menjaga sendiri anaknya tanpa bantuan orang lain.

Sebelah tangan lagi cari rezeki

Lihatlah, disebelah tangan dia menggendong anak sehingga tertidur di bahu, manakala sebelah lagi tangan digunakan untuk bekerja bagi mencari rezeki buat keluarganya.

Sungguh besar pengorbanan ayah ini, sesulit mana pun hidupnya, sama sekali dia tidak mahu membiarkan anaknya yang baru kehilangan ibu berasa kurang kasih-sayang.

Semoga, dilorongkan jalan rezeki buat bapa ini dan dapatlah dia membesarkan anaknya dengan sempurna, agar dapat menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Sumber : Visit Cianjur

Apa komen anda?