Umum sedia maklum bahawa hari ini merupakan hari keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Pelbagai corat-coret kisah kejayaan anak-anak dilaporkan menerusi media.
Sudah tentu paling berdebar adalah ibu bapa mereka kerana menantikan keputusan pertama peperiksaan umum sepanjang zaman persekolahan anak-anak.
Opah bangga dengan kamu!
Namun, bukan semua pelajar dapat merasai berkongsi kisah suka duka keputusan mereka kepada ibu atau bapa. Lebih pilu lagi apabila salah seorang daripada mereka sudah pun meninggal dunia.
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aishah Mat Akat, dia telah memuat naik gambar-gambar cucunya yang singgah ke tanah perkuburan bagi menziarahi pusara ibunya sambil membawa slip keputusan UPSR.
Tunjuk slip keputusan dekat kubur mama
Sambil memegang keputusan UPSR, pelajar dikenali sebagai Ila itu dilihat sebak dihadapan kubur ibunya dan seakan menunjukkan keputusan yang telah diperoleh.
Muat naik yang dilakukan siang tadi benar-benar telah mengundang sebak warganet sehingga mendapat lebih daripada 2,000 perkongsian walaupun baru beberapa jam dibuat.
Mama pasti bangga dengan Ila!
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa hiba melihat gambar tersebut dan sempat mendoakan agar pelajar itu tabah serta terus berusaha menjadi anak yang berguna pada masa akan datang.
Jom Lihat Apa Kata Netizen:
Anak yang hebat!
Nampak matang !
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Oh My Media