SEORANG wanita yang suka memakai bikini menerima hadiah yang tidak disangka-sangka daripada bakal suami, baru-baru ini.
Patty sering memuat naik gambarnya memakai baju renang semasa bercuti menerusi akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, tunangnya, Pedro yang merupakan bekas penerbit radio merasakan pasangannya itu meraih terlalu banyak perhatian apabila memakai baju renang.
Pedro kemudian membuat kejutan pada tunangnya dengan kostum renang yang dicetak wajahnya pada bahagian hadapan dan belakang.
Dia kemudian merakamkan reaksi tunangnya itu dan berkongsi foto berkenaan di laman sosial.
Menerusi video IGTV yang dikongsikan pada Rabu, Pedro berkata: “Saya beri kejutan besar kepada Patty.”
“Patty menyukai bikini jadi saya fikir perlu membelikan yang baharu untuk dia,” tambahnya.
Menurut Pedro, apabila Patty memakainya di pantai, ia sekali gus akan mengelakkan daripada orang lain cub memikatnya.
Sumber Mstar