Akhirnya Da’i Farhan jawab isu surat terbuka kahwin janda anak 8, memang tak sangka jawapan Da’i Farhan

Selepas kenyataan mengejut mengenai pengakuan perkahwinan kedua Da’i Farhan dengan seorang usahawan bergelar doktor dimuat naik ke Instagramnya, satu demi satu ulasan daripada pihak-pihak tertentu muncul di media sosial.

Paling mengejutkan adalah mengenai kenyataan daripada seorang perunding kewangan yang mendakwa bahawa isteri Da’i Farhan iaitu Fatin Nurul Ain tidak meredhai perkahwinan tersebut dan berada dalam keadaan sarat mengandung anak kedua mereka.

Surat terbuka buat Da’i

Wanita yang menggunakan nama Ches Al-Maliki dilihat menghentam hebat Da’i tersebut dengan menulis surat terbuka di Facebooknya semalam menceritakan serba sedikit apa yang dirasai Fatin.

Muat naik yang dibuat wanita itu telah tular sehingga menyebabkan pelbagai andaian daripada beberapa pihak mengenai kesahihan kebenaran tersebut.

Fitnah sebab dendam?

Tampil menjernihkan keadaan, Da’i Farhan telah memuat naik satu perbualan WhatsApp antara isteri pertamanya itu dengan perunding kewangan tersebut.

Menurutnya, masalah berkaitan keegganannya memberi izin kepada isteri untuk membeli rumah dengan perunding kewangan tersebut mungkin menjadi punca dia meroyan serta menviralkan isu pernikahannya di media sosial.

Kenyataan daripada Da’i Farhan itu adalah rentetan daripada surat terbuka yang telah tular sejak semalam selepas pengumuman mengenai pernikahan keduanya di Instagram.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan yang tepat mengenai beberapa tuduhan yang dibuat oleh perunding kewangan tersebut seperti kenyataan dimana Da’i Farhan telah dibuang keluarga dan juga pernikahan keduanya tidak diredhai oleh isteri pertama.

Terdahulu, juara program Da’i Pendakwah Milenia TV3 ini telah mengakui menikahi seorang janda anak 8 kepada umum di Tanah Suci sekitar Oktober lepas.

Da’i Farhan telah menikahi seorang usahawan yang dikenali sebagai Dr. Erin Naqim di Tanah Suci ketika menunaikan umrah beberapa bulan yang lalu dan telah mengadakan resepsi sekitar Oktober di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Sumber : Da’i Farhan, Instagram

Apa komen anda?