Tak sempat beli kek, pakcik order burger gerai untuk ‘surprise birthday’ isteri

Perkahwinan yang bahagia dan aman walaupun sudah menjangkau usia puluhan tahun merupakan impian setiap pasangan. Lebih-lebih apabila kedua-dua pasangan saling mengingati hari-hari penting antara satu sama lain.

Order burger untuk isteri

Menerusi satu perkongsian di Twitter seorang pengguna dikenali sebagai ammnslhn, dia telah memuat naik satu kisah seorang lelaki yang membeli burger untuk isterinya.

Lebih mencuri tumpuan apabila dia meminta pekerja kedai makan tersebut menulis ucapan hari lahir buat isteri tercinta diatas bekas polistrina yang digunakan untuk mengisi burger tersebut.

Tak sempat beli kek

Menurut Am, gambar tersebut diperoleh daripada kawannya yang bekerja di kedai makanan barat itu. Tambahnya lagi, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia tidak sempat membeli kek hari ulang tahun isterinya dan hanya berkesempatan untuk singgah membeli burger.

Isteri dia sangat beruntung

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan tersebut. Mereka bersetuju bahawa betapa mudahnya untuk menunjukkan kasih sayang kepada insan yang kita cintai.

Tidak perlu hadiah yang berharga mahal, cukuplah sekadar ingatan dan ucapan ikhlas daripada pasangan kita seperti yang ditunjukkan oleh pakcik tersebut.

Nampak gembira pakcik tu

Sumber : ammnslhn

 

Apa komen anda?