Terdahulu, media pernah melaporkan mengenai kematian seorang pelajar Malaysia, Allahyarham Mohd Hafizuddin bin Hazrul yang menuntut di sebuah universiti di Maghribi yang menderita penyakit Leukimia.
Baru-baru ini, salah seorang sahabat arwah menerusi Twitter dengan nama akaun Aishah telah berkongsi sebuah video memaparkan ayah arwah sangat disantuni oleh penduduk setempat yang turut bersimpati dengan pemergian arwah.
Tengok ni din, semua peluk & cium dahi ayah kau
Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, ayah arwah dipeluk dan dicium oleh penduduk yang ada ketika pengebumian arwah, malah ada diantara memberi kata-kata semangat buatnya.
Tengok ni din. Semua peluk & cium dahi ayah kau. MashaAllah tabarakallah ☺️✨ pic.twitter.com/PrG2GZIF80
— aishah (@nraishahr_) November 26, 2019
Orang Arab hormat pelajar tuntut ilmu di negara mereka
Tindakan mereka mencium dan memeluk bapa arwah adalah sebagai tanda hormat, kerana bagi mereka pelajar luar yang datang menuntut ilmu di negara mereka sangat dimuliakan.
Maaf bertanya.. kenapa dorang cium dahi ayah arwah? Budaya ke? Atau arwah seorang yg disengani?
— Girls' Power (@shotblade1510) November 27, 2019
Ramai yang datang pengebumian arwah
Mengimbas kembali ketika majlis pengebumian arwah, dilihat begitu ramai sekali yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Dengan izinNya, arwah pergi dalam keadaan yang dimuliakan, rata-rata netizen yang juga turut tersentuh dengan pemergian arwah, masing-masing menzahirkan ucapan takziah.
Yang pergi tidak akan kembali lagi, namun kenangan bersamanya tidak akan pernah luput daripada ingatan ahli keluarga dan juga kenalan. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber : Aishah, PMMM