Anak bagi syarat pada bapa kalau nak diorang balik kampung, pasang aircond dulu, kalau tak pasang balik kampung tido dekat hotel

Ceritanya seperti seakan-akan sama dengan cerita yang viral semalam. Namun, benar atau tidak hanya empunya cerita sahaja yang tahu. Mungkin kebetulan atau mungkin kisah lama yang kelihatan sama.

Hajat si bapa melihat anak, menantu dan cucunya pulang bercuti di kampung sedikit terbantut apabila si anak meletakkan syarat yang tidak masuk akal.

Bagaikan tidak pernah hidup susah, selamba si anak meminta bapanya memasang pendingin hawa sekiranya mahu mereka pulang atau jika tidak, mereka sekeluarga menginap di hotel berdekatan.

KISAH petang tadi. Dapat call dari seorang customer, cakap nak pasang aircond paling murah dan urgent. Katanya, anak, menantu dan cucunya nak balik ke kampung sempena cuti sekolah.

Tapi si anak bagi syarat kena pasang aircond dalam bilik dahulu, baru diorang bermalam dekat rumah. Kalau tak, si anak nak bermalam dekat hotel.

Jadi aku pergi ke alamat rumah yang pakcik ini berikan. Sampai di rumah pakcik itu, bagi bagi senarai harga beberapa jenama aircond.Pakcik ini tiba-tiba senyap.

Termenung panjang nak kena pasang aircond semata-mata nak memenuhi kehendak anaknya. Dengan berat hati, pakcik itu beritahu yang dia tak cukup duit.

Bila tengok air muka pakcik ini, aku tak sampai hati nak ambil duit dia. Jadi aku hanya caj untuk harga aircond sahaja.

Dalam perjalanan pulang, aku pula yang termenung. Tiba-tiba teringat pada Wahai si anak, mak dan ayah yang sedang menghitung usia itu bukan harapkan apa-apa pun dari kamu. Cukuplah dapat tengok anak cucu depan mata untuk melepaskan rindu.

Nanti bila ayah kau dah tak ada dalam dunia ini, kau akan menyesaI sampai m@ti.
Ingatlah, dalam hidup ini kita semua patut bagi dan dapat peluang kedua. Tetapi men@ngis air mata dar@h sekalipun, mak ayah takkan ada kelahiran semula.

Sumber: Mohd Azhakim Via The Reporter

Apa komen anda?