Dah Jarang Berlakon, Izr3en Azminda Beritahu Kenapa Sekarang Kurang Keluar Dalam Drama

Izr3en Azminda tidak risau langsung kalau kehadirannya dalam bidang lakonan semakin dilupakan berikutan semakin selektif dalam menerima sesuatu tawaran.

Malah, Izreen menjadikan Datin Seri Umie Aida dan Que Haidar sebagai contoh pelakon yang jarang muncul, tapi namanya masih lagi relevan.

Izre3n mahukan watak yang lebih mencabar dan bukan watak yang sama.

“Saya ambil keputusan memperlahankan langkah seni kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dia membesar di depan mata.

“Sebelum ini, sudah terlalu lama saya bekerja dan ini mungkin masa terbaik untuk saya berehat seketika serta memberikan fokus pada keluarga. Bukan tiada tawaran yang datang, tetapi kebanyakan karakter diberikan hampir sama,” katanya kepada Berita Harian.

Alang-alang nak keluar TV, kenalah karakter yang kuat dan diingati penonton. Difahamkan kali terakhir dia muncul di skrin adalah pada Ramadan tahun lepas.

Buat masa sekarang, isteri kepada Ude Wahid ini membantu menguruskan beberapa cabang perniagaan milik keluarganya.

“Alhamdulillah, pendapatan juga baik, cuma ia bergantung bagaimana kita menguruskan sesuatu perniagaan,” tambahnya.

Semoga Izreen sentiasa dilimpahi rezeki dan bahagia di samping suami dan keluarga tercinta

Sumber Cari

Apa komen anda?