Lelaki menang k3s sam4n Rm30 ribu sebab bekas tunang sebab tak jadi kahwin, ini sebabnya dia buat keputusan untuk sam4n bekas tunang

Jodoh dan pertemuan adalah rahsia daripada Allah S.W.T. Siapa jangka perhubungan yang sedang menghitung hari untuk disatukan akhirnya terbengkaIai di tengah jalan.

Lebih memer!tkan lagi, perhubungan yang sudah berada di fasa terakhir persiapan untuk pernikahan diput0skan dengan segala persiapan majlis pernikahan sudah pun tersedia.

Menang k3s sam@n tak jadi kahwin

Teruk menanggung kerug!an, seorang pemuda telah mengambil keputusan menyaman bekas tunangnya itu. Kej4dian yang berlaku hampir 3 tahun akhirnya selesai apabila dia memenangi k3s tersebut dan bekas tunangnya terp4ksa membayar tuntuutan sam@n yang telah dikemukakan.

Selepas beberapa kali turun naik ke mahk4mah untuk menyelesaikan h@l tersebut, akhirnya kes s@man itu berakhir dengan kemenangan di pihaknya.

Tangg0ng kerug!an puluhan ribu

Menurut kisah yang diceritakan menerusi media sosial beberapa tahun yang lepas, Ezrin memberitahu bahawa bekas tunangnya telah memut0skan perhubungan mereka tanpa sebarang sebab utama dan dia telah menanggung kerug!an hampir RM30,000 untuk segala urusan perkahwinan mereka.

Ketika hidup aku penuh kecelaruan, aku mengembara dari satu negara ke satu negara membawa diri yang pernah kecewa kerana gagal dalam percintaan. Setelah terlalu lama berkelana seorang diri tanpa teman untuk berkongsi perasaan mulai muncul perasaan sunyi dalam jiwa. Aku ingin pulang ke tanah air. Aku inginkan teman hidup untuk mengisi kesunyian dan kongsikan segala pengalaman aku berkelanan selama ni. Pada aku hidup lebih bermakna jika dikongsi bersama dengan teman hidup. Aku maksudkan teman hidup ialah seorang isteri. Seorang yang menjadikan aku bertanggungjawab. Seorang yang akan melahirkan zuriat dari mani, darah dan daging aku.

Setahun sebelum kepulangan aku ke tanah air, aku mengenali seorang wanita yang pada waktu itu adalah follower di twitter. Rajin dia like setiap tweet aku yang kadang kala tu mengarut, kelakar, bermanfaat dan ada juga jiwang karat. Sememangnya waktu tu aku kesunyian dan perlukan teman untuk bercerita kisah pahit dan manis pengembaraan aku selama ni.

Setiap kali aku nampak tweet dia di twitter aku rasa sesuatu. Adakah ini perasaan yang selama ini aku cari? Dilemma dalam diri; adakah perlu aku menegur dia? Aku beranikan diri untuk tegur dia yang pada waktu itu aku sendiri pun tak berapa nak berani. Aku mula menegur dia di ruangan inbox twitter, kami tak berborak panjang. sekadar “hai”, “kerja ke?”, “Kayuh mana tu?” dan saat tu aku rasa”she is the one!” tapi aku ingatkan diri aku supaya jangan terlalu mudah memberi perasaan dan harapan palsu kepada wanita yang belum aku kenal hati budi sebelum berjumpa. Setelah lama berkawan, kami mula bertukar nombor telefon. Mana la tahu nanti tayar basikal pancit ke boleh minta tolong. hehehe

Pada Ogos 2014, aku pulang ke tanah air dengan penerbangan dari Sri Lanka ke Kuala Lumpur. Pada waktu itu aku baru je tamatkan pengembaraan aku di Sri Lanka kerana aku nak balik Malaysia dan jumpa dengan dia. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Aku sendirian bersama basikal dan barangan peribadi aku. Aku tak tahu nak balik rumah macam mana, jam pun dah nak masuk Asar. Kalau aku kayuh balik rumah mungkin lewat malam baru sampai. Pada waktu tu juga aku takde nombor telefon Malaysia untuk hubungi sesiapa. Yang ada cuma syiling Ringgit Malaysia. Aku masih simpan number telefon dia dalam kocek ruang Passport wallet. Aku cuba dial number dia di public phone tetapi public phone tu rosak pulak. Dasar orang malaysia tak tahu nak hargai public phone! Aku dalam kecemasan ni!

Semakin lama aku kat KLIA, semakin lewat akan aku sampai ke rumah. Aku tiada pilihan selain terpaksa beli numbor telefon prabayar hotlink. Sekali lagi aku dalam dilemma; perlukah aku telefon dia dan minta tolong ambil aku di airport untuk hantar aku kat mana mana supaya aku boleh berteduh malam dan esoknya aku kayuh balik rumah. Aku beranikan diri sebab aku lelaki yang gagah mengembara dengan berbasikal secara solo bertahun tahun, lalu aku telefon dia untuk ambil aku di KLIA. Dia setuju untuk ambil aku di KLIA dan dia bawa kawan sebagai teman. Hati aku berdebar debar sebab ni pertemuan pertama. Sungguh hati aku berdebar macam kali pertama aku nak berkhatan. Kerana terlalu berdebar, aku SMS dia dan beritahu dia jangan susahkan diri ambil aku sebab aku boleh kayuh balik sendiri. Hakikatnya aku malu untuk jumpa dia dan aku pun bukan tahu jalan balik rumah.

Selama beberapa minggu aku di Malaysia, pekerjaan pertama aku adalah sebagai jurufoto sukan. Aku ditugaskan untuk mendapatkan foto bagi acara sukan basikal di Langkawi pada 21 Oktober 2014. Ketika itu aku teringat sesuatu, tarikh tu adalah tarikh ulang tahun kelahiran dia. Aku pasangkan niat untuk jumpa dengan dia. Pada tanggal 20 Oktober, aku pandu kereta dari rumah aku ke stesen LRT Taman Jaya untuk ambil dia balik kerja dan pergi makan malam di restoren A&W tepi tu. Aku ni bukan tahu pun selok belok jalan di Kuala Lumpur. Sesat jugak la waktu tu.

Itu la pertama kali kami berjumpa dan borak panjang. Masih aku ingat waktu itu senyuman dia, gelak tawa dia, dan sifat keayuan seorang wanita yang selama ini aku cari. Malam tu aku kenal dia dengan lebih rapat, sempat juga aku ucapkan selamat hari lahir dan aku janji selepas aku balik dari tugasan nanti aku belikan hadiah cokelat langkawi sebab waktu tu aku tak berduit sangat. Duit pun cukup cukup je keluar waktu tu untuk bayar tol, isi petrol kereta dan makan malam bersama.

Kami berkawan rapat dan mulai timbul rasa rindu, kasih dan sayang. Kami bercinta dan sememangnya waktu tu aku rasa sangat bahagia biarpun aku cuma bekerja sebagai jurufoto sukan secara sambilan dengan pendapatan minima cuma RM500 dan maksimum RM1500 sebulan. Kami bahagia waktu itu.

Pada December 2014, berlaku bencana banjir besar di Manek Urai Kelantan. Aku memang mengimpikan untuk mendapatkan foto dan membantu mangsa bencana kerana sepanjang aku mengembara ke dunia asing, aku banyak ikut bantuan kemanusiaan. Secara kebetulan keluarga dia adalah mangsa banjir di sana. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke kampung dia dengan matlamat untuk bantu keluarga dia dan mangsa banjir lain. Itu lah kali pertama aku bertemu dengan keluarga dia. Pelik jugak la dia kenalkan aku kepada keluarga dia pada waktu orang sibuk dengan bencana banjir. kelakar pun ada. Tapi itu la kenangan manis yang aku sentiasa ingat sehingga kini. Sejak dari itu aku selalu buat bantuan amal kepada golongan yang memerlukan di Kuala Lumpur dan dia selalu teman dan sokong setiap usaha yang aku buat biarpun aku tak punya pekerjaan tetap cuma bergaji jika dipanggil bertugas. Dia sentiasa sokong apa yang aku buat.

Setelah hampir 2 tahun bersama sebagai kekasih, aku meluahkan hasrat aku untuk jadikan dia sebagai isteri. Aku kenalkan kepada keluarga dan saudara mara. Alhamdulillah seluruh ahli keluarga aku suka dengan pilihan aku ni dan dia pun cukup sopan baik budi pekerti dengan keluarga aku. Sejak itu kami bertambah bahagia dan kami bertunang pada Hari Raya Aidilfitri. Kami mula membincangkan hal pernikahan. Tapi sebelum nikah, aku perlu dapatkan pekerjaan tetap. Aku terima beberapa tawaran untuk bekerja di luar negara tapi aku tolak tawaran tersebut kerana aku mahu cari pekerjaan yang dekat dengan keluarga aku, keluarga dia dan dia sebagai tunang aku waktu itu. Jika berjauhan nanti mungkin menyukarkan aku untuk membuat persedian untuk majlis pernikahan. Selama sebulan aku mencari pekerjaan akhirnya membuahkan hasil. Aku bekerja sebagai designer di Kuala Lumpur.

Tiap hari aku usaha kerja keras, overtime, out station, buat freelance untuk kumpul duit untuk majlis pernikahan kami nanti. Aku jual beberapa koleksi basikal aku untuk tambah lebih duit dalam “Tabung Nikah”. Setiap hari aku bekerja 16 jam dan berehat cuma 8 jam. Hari minggu pula aku buat freelance fotografi, dapat la tambah sikit simpanan untuk majlis pernikahan kami nanti.

Sejak aku bekerja sebagai designer dan jurufoto sambilan, aku terlalu sibuk dengan kerja dan jarang dapat luangkan masa bersama dia. Kadang tu terpaksa la juga aku gagahkan diri selepas habis bertugas media foto sukan pada hari minggu, aku pergi jumpa dia dan teman dia makan malam dan shopping. Setelah sekian lama rutin aku macam tu, hubungan aku dan dia mula goyah. Kami kerap bertengkar, kami jarang berhubung dan waktu itu aku risaukan masa depan hubungan ini. Majlis Pernikahan kami semakin hampir, kurang dari 70 hari.

18 November 2016, aku balik kerja dan aku agak penat. Hampir juga terlelap semasa memandu. Sampai di rumah, aku terima mesej WhatsApp dari dia, “Ezrin nazan, Saya nak tanya awak ni. Awak masih lagi nak kahwin dengan saya ke? Please jawab. Sebab Saya memang tak nak susahkan awak. Sampai Bila kita nak macam ni. Saya minta maaf sangat. Saya tahu saya tak bagus untuk awak lagi. Saya dah fikir masak masak. Dah Tanya family Saya. Saya dah buat istikarah untuk kita. Saya minta maaf sangat. Saya tak nampak jodoh kita Panjang. Saya nak putus tunang dengan awak.”

64 hari sebelum majlis pernikahan aku dan dia. Malam itu aku terkejut dengan keputusan dia. Aku terasa betapa hancurnya hati aku ini. Aku merasakan pengorbanan aku selama ini adalah sia sia. Tapi aku percaya setiap masalah ada penyelesaian. Aku cuba pujuk namun dia masih dengan keputusan dia. Sehingga kini aku masih belum jelas kenapa dia sanggup putuskan hubungan ni secara tiba tiba. Hancur berkecai impian aku untuk berumah tangga dan hidup bersama dia.

Aku sedar diri aku bukan seorang yang alim dan baik. Aku pun tahu memang aku ada buat silap selama ni. Aku hormat keputusan dia dan aku doakan dia jumpa la seseorang yang lebih bertanggungjawab untuk menjadikan dia sebagai isteri. Setiap yang bemula pasti ada pengakhirannya. Apa yang terjadi ini adalah ujian untuk aku dari Allah.

Sebagai peng@jaran kepada defend@n

Menerusi penerangan yang dibuat oleh lelaki tersebut dia juga menjelaskan bahawa pended4han yang diIakukan bukanlah untuk mengaibkan, namun sebagai pengaj@ran untuk defend@n agar  tidak sesuka hati meIakukan tind4kan  mengund@ng masalah kepada mana-mana pihak lagi.

Baru kau tahu rasanya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meningg@lkan k0men yang pelbagai diatas kemenangan Ezrin dalam k3s s@man tersebut.

Rata-rata daripada mereka telah menyuarakan rasa setuju dan mengatakan bahawa perkara tersebut harus dided@hkan agar menjadi pengajaran kepada semua.

Orang perempuan ingat lelaki ni apa?

Memang patut pun f!ght benda ni

Untuk maru@h yang telah tercaIar

Sumber : ezrinmn

Via OMM

Apa komen anda?