Hujung Disember lalu, pelakon Zila Bakarin ada berkongsi sekeping foto lengkap mengenakan tudung yang sekali gus mengundang perhatian ramai menerusi Instagram.
Sambil menulis kapsyen humor pada foto selfie yang dimuat naik, rata-rata peminat turut memuji penampilan terkininya selain mendoakan agar bintang ini kekal istiqamah.
Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan peminat mendapat reaksi balas dari Zila yang turut memberi penjelasan mengenai dirinya yang kini telah pun mengenakan hijab.
“Ni baru je sebulan macam tu, doakan saya ya,” maklum bintang drama Dendam Aurora itu selepas ditanya mengenai detik dirinya berhijab.
Foto: Instagram Zila Bakarin
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "“Doakan Saya…,” – Lebih Sebulan Tutup Aurat Dengan Bertudung, Zila Bakarin Mohon Doa Peminat – Media Hiburan"