‘Ketika Puteri Balqis aktif berlakon dahulu ke mana perginya pendapatan dia?’ Erma Fatima

Industri hiburan Malaysia baru-baru ini dik3jutkan dengan kisah kesemp1tan hidup pelakon cilik, Puteri Balqis apabila dia muncul dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu. Kemunculan Puteri Balqis atau Aqish dalam program tersebut telah mengejutkan orang ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa simp4ti dengan nasib yang menimp4nya itu.

Berikutan daripada itu, sutradara Malaysia iaitu Erma Fatima turut meluahkan kebimbangannya terhadap kehidupan Aqish dan s3dih melihat keadaan pelakon cilik itu.

Menerusi Berita Harian, Erma Fatima turut mempersoalkan cara ibu bapa Aqish yang membesarkannya dalam keadaan seperti itu. Menurutnya lagi, walaupun ibu bapa sudah berc3rai dan tidak hidup bersama tetapi Aqish perlu dibesarkan dengan cara yang lebih baik dan bukannya dengan cara seperti ini.

Tambah Erma lagi, dia juga turut bimbang dengan masa depan Aqish termasuk persekolahannya sedangkan sebelum ini Aqish dikatakan telah menggunakan khidmat guru persendirian dari rumah. Tetapi lain pula yang terjadi pada nasibnya ketika ini.

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpis4h, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak

Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah mal4ng hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

Sementara itu, Erma turut mempersoalkan mengapa kehidupan Aqish kembali susah seperti dahulu sedangkan hidup Aqish sekeluarga dikatakan telah berubah dan hidup mereka lebih ‘mewah’ selepas dia melibatkan diri dalam bidang lakonan. Erma juga turut mempersoalkan ke mana perginya pendapatan yang diberikan produksi kepada Aqish ketika dia sedang aktif berlakon pada suatu ketika dahulu.

Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup mer3mpat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.

Dalam pada itu, Erma turut menyuarakan harapannya agar sekiranya ada bantuan untuk pembiayaan kos rawatan Aqish, sebaiknya disalurkan terus ke pihak hospital.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita Harian via noteuntukawak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Ketika Puteri Balqis aktif berlakon dahulu ke mana perginya pendapatan dia?’ Erma Fatima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*