Menghitung detik bakal diijabkabul bersama lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan pada Sabtu, 18 Januari, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ada berkongsi satu foto yang mana persiapan untuk majlis malam berinai sedang dijalankan.
Bintang Kampung People itu bakal menganjurkan majlis tersebut hari ini, di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.
“InsyaAllah esok Kak Lina akan belanja gambar bakal suami #PapaAwanNano dan juga Sephia,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Majlis tersebut juga boleh disaksikan peminat secara langsung menerusi saluran YouTube bintang berkenaan. MH sebelum ini ada berkongsi mengenai perancangan Elly bersempena dengan hari bersejarahnya selain turut mengakui, tarikh pernikahan turut dipercepatkan setelah berbincang kedua belah keluarga.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.
Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Bakal suaminya yang sinonim dengan panggilan Papa Awan Nano berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.
VIDEO
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: IG Elly Mazlein via MH
Be the first to comment on "Bakal jadi isteri cikgu asal kelantan, acara malam berinai Elly Mazlein akan belanja foto bakal suami"