ISTERI pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila tidak pernah berhsrat menghalang ataupun menyekat suaminya bertemu anak mereka, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.
Malah, kata Nabila, dia juga berharap untuk terus membesarkan anak mereka bersama-sama meskipun dia dan Sharnaaz tidak lagi menjadi suami-isteri.
“Saya tak pernah hal4ng atau sek4t dia untuk berjumpa dengan anak kami.
“Walaupun banyak yang memfitn4h cakap saya tak bagi jumpa anak… malah saya tak pernah ada niat untuk pisahkan mereka.
Nabila berharap untuk bersama-sama Sharnaaz membesarkan anak mereka, Jebat.
“Insyallah saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami,” ujarnya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nabila menjelaskan setiap keputusan dilakukannya adalah untuk memastikan kanak-kanak itu mendapatkan yang terbaik.
Bagaimanapun, kata Nabila dia menyedari setiap perlakuan mahupun keputusan yang dibuat berkaitan Jebat sentiasa mengambil kira dan menghormati Sharnaaz sebagai bapa kepada anaknya.
“Sebelum ini saya tak pernah nak bagi komen mengenai perkara ini sebab kalau nak explain pun takkan habis sebab benda yang terjadi bukan dalam masa satu bulan… ia dah berlarutan sehingga beberapa tahun.
Saya tak pernah h4lang atau sekat dia untuk berjumpa dengan anak kami.
NOOR NABILA
“Cuma sebagai emak, memang saya perlu beri lebih perhatian pada anak dari segi keperluan dan penjagaan Jebat.
“Itu memang menjadi keutamaan saya tapi ia tidak bermakna saya perlu mengetepikan Sharnaaz dalam hal itu,” katanya.
Noor Nabila sebelum ini pernah memfailkan permohonan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Permohonan interim hadanah itu difailkan pada 13 September lalu adalah untuk menentukan hak lawatan Sharnaaz Ahmad, 35, terhadap anak mereka.
SUMBER:MSTAR
Be the first to comment on "“Banyak fitn4h cakap saya lar4ng Sharnaaz jumpa anak” – Noor Nabila mahu Jebat dapat kasih sayang bapa"