“Rindu kasih sayang seorang ayah” terpancar jelas keakraban bakal suami dengan anak Elly Mazlein

Anak mana yang tidak menyayangi kedua ibubapanya. Seorang anak, terutama yang masih kecil memerluukan perhatian dari ibubapanya kerana ingatan mereka sangat kuat untuk mengingati memori bersama keluarga.

Terutamanya seorang bapa yang sering dikaitkan dengan kesibukan kerja dan tiada masa, ibu bapa haruslah lebih memikirkan akan perkembangan anak itu kerana emosi boleh memberi impak besar pada mereka ketika mereka kecil.

Seperti juga anak Elly Mazlein, selepas perpisahan ibubapanya, pasti beliau memerluukan lebih perhatian dan kasih sayang dari ibubapa.

Semalam adalah majlis malam berinai Elly Mazlein dan kelihatan majlis sungguh meriah dan dalam majlis itu jugalah Elly sudah mendedahkan wajah Papa Awan Nano beliau bersama anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila melihat anak perempuan Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia, yang masuk ke dewan majlis sambil memeluk dengan erat bakal bapanya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pelakon popular Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali dengan nama Elly Mazlein mendedahkan wajah bakal suaminya Mohamad Azlan di majlis Malam Berinai yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Elly anggun dalam persalinan songket biru sepadan dengan bakal suaminya yang juga seorang guru hadir bersama anak beliau Putri Sara Sefhia. Majlis pernikahan dan persandingan mereka bakal berlansung esok di lokasi yang sama.

A post shared by Bernama Youth (@bernamayouth) on

Para netizen mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan ada yg mengatakan Putri Sara Sefhia sangat merindukan kasih seorang bapa apabila melihat beliau memeluk erat bakal bapanya itu.

Selain itu, ramai yang memuji bakal suami Elly Mazlein itu sungguh kacak dan ada yang mengatakan beliau punya iras seperti black mentor dan penyanyi indonesia, Judika.

Majlis pernikahan dan resepsi kedua mempelai itu akan diadakan hari ini di dewan yang sama iaitu di PWTC, Kuala Lumpur.

 

 

Kredit: informasi viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : ig iamellymazlein | ig bernamayouth | Fb Rozita Che Wan & Zain Saidin

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Rindu kasih sayang seorang ayah” terpancar jelas keakraban bakal suami dengan anak Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*