“Mak Dia Suka Graf Sebab Tu Nak Main Forex..” – Netizen Kecam Puteri Balqis Gara-Gara…

Gara-gara topik forex yang dibangkitkan oleh Puteri Balqis Azizi, pelakon cilik itu menjadi mangsa kecaman netizen.

Forex diperkatakan oleh Balqis dalam sebuah rakaman video bersama usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri.

“Kalau dapat RM100,000 dekat Puteri sekarang ni apa yang akan dilakukan? Hanya untuk dikongsikan kepada semua orang,” tanya Aliff.

“Saya akan bahagikan duit tu. Ada yang untuk simpanan, bersedekah dan untuk forex sebab kami suka graf,” jawab Balqis.

 Di laman Twitter, video terbabit tular serta menjadi perbualan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan jawapan Balqis.

Malah reaksi yang diberi Aliff ketika mendengar jawapan tersebut turut mendapat perhatian.

“Saya cannot brain bila dia kata duit sumbangan RM100,000 tu untuk main Forex.

“Lol takde pun sebut nak guna untuk rawatan. Bukan tu paling penting ke?

“Mak dia suka graf sebab tu nak main Forex.. Aku rasa kena basuh budak ni.

“Muka Aliff Syukri macam tercekik bila dengar Forex tu.

“Hahaha kelakar pulak aku dengar. Like seriously untuk Forex? Habis untuk rawatan terus lupa? Aiyoo,” antara komen-komen netizen.

Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan mengenai kehidupannya yang susah dan hanya berdua bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas kedua orang tuanya berpisah sejak empat tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Mak Dia Suka Graf Sebab Tu Nak Main Forex..” – Netizen Kecam Puteri Balqis Gara-Gara…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*