Warganet Tercari Cari Suaminya Dalam Foto. Persoalkan Mengapa Suami Duduk Berjauhan Dari Alyah. Tak Sangka Ini Komen Padu Alyah

SELEPAS sekian lama gambar pengarah muzik, Datuk Ramli MS tidak muncul di Instagram isterinya Datin Alyah, penyanyi itu akhirnya berkongsi gambar mereka bersama. Namun serba tak kena bagi Alyah apabila perkongsian foto keluarga itu tetap menerima kritikan warganet.

Rata-rata mereka mempersoalkan kedudukan Alyah yang dilihat berada jauh daripada suaminya itu. “Apa hal jauh sangat tu datin? “Tok Ram tak nampak pun,” tulis warganet. Antara komen yang ditinggalkan warganet menerima respons Alyah.

Susulan itu Alyah mempersoalkan sikap warganet yang sering memandang negatif dalam setiap tindakannya. “Post gambar sedih kena kritik, postgambar gembira pun tak boleh. Agaknya korang ni memang nak tengok orang terjun gaung ke apa?

“Patutlah Agong pun tutup akaun media sosial… ramainya orang busuk hati,” ujarnya. Takkan nak duduk atas riba? Tak bergambar kata macam-macam- DATIN ALYAH- Penyanyi. Alyah meluahkan rasa terkilan itu menerusi Instastory miliknya pada Khamis.

Selain itu, menerusi ruangan komen, Alyah dilihat turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan warganet. “Takkan nak duduk atas riba? Tak bergambar kata macam-macam. Bila dah bergambar pun ada sahaja salahnya. Aduh, pening! tulisnya. Alyah sebelum ini terpalit kontroversi rumah tangga selepas sebuah statusnya memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia.

Artikel lain : Tak Sangka Setelah Lama Diamkan Diri Alyah Akhirnya Dedahkan Sesuatu Tentang Suaminya. Warganet Terkejut Dan Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Selama Ni Dalam Rumahtangga Mereka.

Sebelum ini, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan pernah memberitahu, dia sangat pelik bagaimana akhirnya Ramli yang tidak digemarinya itu bergelar suaminya selepas mereka disatukan dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesian pada 18 Mac 2013.

“Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun. Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya.

“Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik. Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow,” kata Alyah Pada awal hari ini, penyanyi dan usahawan, Datin Alyah ada berkongsi surah al-Fatihah menerusi entri terkininya di Instagram bersempena dengan hari jadi suaminya, tahun ini.

Tulis penyanyi Meluruh itu, hanya doa yang mampu dihadiahkan sambil menyatakan ingantan buat suami yang tak pernah putus. “Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus buat kamu. ”Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,” tulisnya.

Lalu di ruangan komen, para peminat turut memberikan ucapan serta dedikasi sama buat pengarah muzik terkenal itu. Malah tak kurang juga yang berdoa agar rumah tangga mereka aman harmoni selamanya. “Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya,” dedah Alyah

Foto: Instagram Datin Alyah

Ada aku kisah – Alyah

PENYANYI terkenal, Datin Alyah tidak pernah terasa hati atau menyimpan dendam terhadap pengacara program Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia tidak kisah meskipun sering menjadi bahan usikan dengan suaminya, Datuk Ramli MS.

“Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya. “Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

“Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,” katanya kepada Harian Metro.

Alyah yang muncul dengan single Meluruh berkata, baik Nabil atau Jihan, kedua-duanya tidak pernah menghantar mesej secara peribadi untuk minta maaf. “Nabil dan Jihan tak pernah pun mesej untuk cakap maaf. Sebab saya anggap mereka bergurau.

“Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi itu kerja mereka, jadi saya biar saja. “Saya juga tak ambil hati atau simpan dendam. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja,” katanya.

Perkembangan lain, lagu nyanyian Alyah iaitu Jutaan Purnama terpilih ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34). Lagu ciptaan sepenuhnya Ezra Kong, Hael Husaini dan Omar K itu bertanding pada minggu ketiga, 29 November ini. SFMM34 minggu pertama bermula pada 15 November dan kedua pada 22 November.

Rimas kait lagu dengan rumah tangga

“SAYA berasa rimas bila orang sering kaitkan lagu dendangan dengan kisah rumah tangga. “Sedangkan lagu ini adalah kisah perjalanan saya dalam bidang nyanyian sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air,” kata penyanyi popular Datin Alyah ketika mengulas mengenai single terbarunya Meluruh.

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, dia juga berasa sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan lagu Meluruh pada majlis pelancaran single Meluruh di Petaling Jaya, hari ini kerana memikirkan perjalanan sukar yang pernah dilalui dulu.

“Saya pernah jatuh dan jatuh lagi sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam bidang seni tanah air. “Lagu ini juga menceritakan suka duka yang pernah dilalui dalam bidang seni. “Saya berasa takut kerana apa yang dilalui pada zaman internet sekarang lebih teruk, apatah lagi perlu berdepan dengan orang sekeliling dan kritikan warganet,” katanya.

Single Meluruh ciptaan Alyah, Helen Yap dan liriknya Slen. Manakala video muzik rasminya arahan Ghaz Abu Bakar. Mengulas mengenai rumah tangga dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS pula, kata Alyah rumah tangganya baik-baik saja.

“Saya dan suami tidak suka untuk mencampuradukkan hal karier seni dan rumah tangga. “Tapi suami memang tahu apa yang saya lakukan dalam karier seni termasuk mereka yang bekerja dengan saya serta pembikinan single Meluruh ini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://empiremedianetwork.com/ via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Warganet Tercari Cari Suaminya Dalam Foto. Persoalkan Mengapa Suami Duduk Berjauhan Dari Alyah. Tak Sangka Ini Komen Padu Alyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*