Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya sama ada wanita tanpa mahram boleh menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah atau pun tidak ya? Berikut merupakan contoh soalan yang sering ditanya oleh golongan wanita bujang yang hendak melakukan ibadah umrah jika mereka tidak mempunyai mahram.
Menerusi Facebook Rusila Yusof, wanita ini berkongsi kisah dan pengalamannya melakukan umrah tanpa mahram baru-baru ini. Menurutnya, niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah berjaya diperoleh. Alhamdulillah!
Pergi secara solo
Umrah Tanpa Mahram (Wanita Bujang)
Alhamdulillah pada 20 November – 2 Disember 2019 yang lepas saya selamat mengerjakan umrah tanpa ditemani mahram. Saya hanya pergi seorang sahaja tanpa kawan atau saudara mara namun bersyukur kerana mendapat kawan-kawan di sana yang juga pergi secara solo.
Saya terdetik menulis di sini sebagai posting pertama saya bagi menjelaskan mengenai umrah tanpa mahram ini kerana masih ramai yang bertanya adakah boleh umrah tanpa mahram saya lihat di kebanyakan postíng orang lain dan juga ramai pm tanya tentang hal ini.
Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita bujang untuk mengerjakan umrah tanpa mahram sejak September 2019. Namun bukan semua travel agen pada masa itu mula membuka pakej. Saya mempunyai kawan bujang yang turut mengerjakan umrah tanpa mahram tetapi menggunakan kaedah dummy mahram yang tu panjang cerita. Dia menggunakan visa umrah yang masih memerlukan mahram yang hanya valid selama 30 hari sahaja jika tidak silap.
Menggunakan visa pelancong
Untuk wanita bujang, anda perlu menggunakan visa pelancong yang mana ia valid selama setahun. Sebelum ini wanita yang berumur 45 tahun sahaja dibenarkan umrah tanpa mahram. Tetapi sejak undang-undang telah berubah, wanita yang berumur 18 tahun sudah boleh mengerjakan umrah tanpa mahram. Saya mengikuti pakej bersama Rarecation Travel dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 12 hari 10 malam di mana saya berada di Mekah selama 5 malam dan madinah 5 malam.
Terdapat juga orang memberi komen yang tidak menyenangkan apabila saya mengerjakan umrah secara tanpa mahram kerana katanya seolah-olah fokus ibadah telah berkurang dan lain2. Sebenarnya tujuan mengerjakan umrah adalah lebih dari sekadar ibadah secara manasik umrah. Tetapi pengertian di sebalik umrah itu lebih penting iaitu maqasid umrah. Saya pergi dengan niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah dan alhamdulillah apa yang saya ingin fahamkan telah saya dapat.
Jangan takut dengan cerita-cerita pelik bila buat umrah. InsyaAllah bila niat kita baik akan dipermudahkan semuanya. Semoga kalian semua wanita-wanita bujang boleh la menyimpan wang untuk ke sana juga. Ada pakej murah ada yang mahal. Kalau berani boleh cuba secara backpackers.
Sumber: Rusila Yusof
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: OHBULAN
Be the first to comment on "Bukan Wanita Yang Berumur 45 Tahun Sahaja Dibenarkan Umrah Tanpa Mahram, 18 Tahun Pun Dah Boleh"