Sudah menjadi kebiasaan buat pelajar yang kadangkala terlambat datang ke kelas dan diantara alasan yang normal diterima oleh pensyarah yang menyebabkan perkara itu berlaku kerana terlewat bangun tidur.
Oleh kerana banyak terlibat dalam aktiviti kokurikulum ataupun memiliki tugasan luar pastinya juga membuatkan pelajar sukar untuk bangun lebih awal untuk ke kelas.
Pensyarah datang rumah pelajar viral
Bagaimanapun, sejak semalam tular dengan satu rakaman seorang pensyarah yang sanggup datang ke rumah pelajarnya bagi mengejut mereka untuk bangun ke kelas.
“Lecturer datang rumah kejut student. Terbaik lecturer ni datang rumah kejut student pergi kelas…”
Video berkenaan turut tular dilaman Instagram dan menerusi perkongsian Era, video itu membuatkan ramai terhibur disamping memuji kesungguhan pensyarahnya yang sanggup datang ke rumah pelajar.
Pun begitu, menerusi video pensyarah kepada pelajar-pelajar yang dikejutkan itu sangat sempoi mengejutkan mereka dengan menyeru nama mereka dalam rumah satu persatu.
Suasana berkenaan membuatkan netizen turut rindu dengan zaman belajar mereka yang rasanya pasti ada yang mempunyai kenangan sempoi dengan pensyarah.
“Rindunya zaman study dulu”
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pensyarah ini bersama pelajar-pelajarnya dan meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen menerusi perkongsian video berkenaan.
Reaksi ramai
</
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Era, Twitter izzulaimanj via HCL
Be the first to comment on "Pensyarah v1ral datang rumah ‘kejut’ pelajar bikin netizen rindu zaman belajar"