Isteri PU Abu D3dah Gambar Wanita Tak Bertudung, D4kwa Suami Ada Kekasih Baru Lagi?

Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mend4kwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Hana turut menukar gambar profil Instagram miliknya dengan imej wanita tersebut.

Tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

“Rasalah balik, dulu kau ambil hak orang, k4cau hak orang, jadi, sekarang, rasakan. Mesti tahu tentang hal-hal berbentuk kif4rah.

“Abu buat hal lagi.

“Hebat Abu,..kalau handsome tak tahu lah lagi macam mana,” tulis sebahagian netizen.

 

Bahkan, ada juga yang membuat sp3kulasi bahawa wanita dalam foto tersebut mirip wajah bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif.

Biarpun Ain tidak pernah menunjukkan wajah sebenar disebalik purdah yang dipakainya, peminat mula berteka-teki dan mendakwa mata wanita terbabit sama seperti mata Ain.

“Masya-Allah, tak boleh padam gambar ni, tengok mata macam Ain, Allahu.

“Abu nak balik kat bekas isteri

“Mata macam Ain,” komen sebahagian pengikutnya.

Walaubagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Sebelum ini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak menc3raikan bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isteri PU Abu D3dah Gambar Wanita Tak Bertudung, D4kwa Suami Ada Kekasih Baru Lagi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*