Sweet Qismina & Janna Nick tunai umrah raih perhatian ramai

Menerusi Instagram, baru-baru ini Janna Nick ada memohon maaf kepada semua yang mengenalinya.

Perkara berkenaan mendapat perhatian ramai rakan selebriti dan peminatnya yang mendoakan dia dan keluarga yang kini difahamkan sedang menunaikan umrah.

“Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya… Halalkan segala makan minum & hutang piutang sekiranya ada (termasukla hutang bank, credit card & loan ASB dan sebagainya). Doakan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan.” Ujar Janna Nick menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Janna Nick turut mendoakan semua dapat menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan posting berkenaan bersama sekeping foto membuatkan dia menerima pelbagai respon daripada ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ Saya doa kan kalian dapat menjejakkan kaki di kota suci Mekah ❤️

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Rata-rata mengaminkan doa daripada selebriti terkenal ini dan peminat serta pengikut dilaman Instagram juga mendoakan urusannya dipermudahkan di sana.

Tidak hanya selebriti ini saja meraih perhatian ramai, pelakon Sweet Qismina juga kini difahamkan sedang menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.

Perkara berkenaan turut dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya disamping turut memohon maaf kepada semua dan meminta agar peminat dan pengikut mendoakan urusannya dipermudahkan.

“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, I’ve touched down Medinah and I’m truthfully blessed. Saya mohon maaf kalau ada silap dan salah.”

“Izinkan saya sempurnakan segala amal ibadah & mohon doa daripada anda semuanya agar dapat dipemudahkan dan melaksanakan umrah yang mabrur. Amin.”

Apapun, semoga urusan kedua selebriti ini ditanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram via HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sweet Qismina & Janna Nick tunai umrah raih perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*