Tak Percaya Orang Luar! Mampu Bayar 4 Orang Gaji Tapi Tak Mahu.. Anzalna Sanggup Tolak Tawaran Kerana Ini

Pelakon Anzalna Nasir teguh dengan pendiriannya untuk menjaga sendiri anak tunggalnya, Mohamad Eidrees yang baru berusia 7 bulan.

Jelas Anzalna, 32, dia lebih rela menolak tawaran berlakon seandainya Eidrees tidak dijaga oleh ahli keluarganya sendiri.

“Saya boleh ada empat orang gaji kalau saya nak tapi saya tidak mahu sebab ini masa paling berharga bagi saya dan saya mahu meluangkan sepenuh masa bersama anak lelaki saya.

“Tak tahu lagi bila akan merasa macam ni. No maid no problem sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat membantu.

“Kalau kedua-duanya ada kerja baru keluarga atau keluarga mentua tolong jagakan. No outsiders!

“Sanggup tolak job kalau mereka pun sibuk. Prioriti pertama saya adalah Eidrees!” tulis Anzalna menerusi Instagramnya.

Tambahnya, membesarkan sendiri anak lelakinya itu tanpa mengharapkan bantuan orang lain adalah pengalaman menyeronokkan.

“Biarpun penat tapi puas bila jaga anak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Semua boleh tolak ketepi sebabkan Eidrees,” tambahnya.

Anzalna yang mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki sejak Februari 2016 telah dikurniakan seorang cahaya mata Eidrees pada 31
Mei 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Membesarkan @mohamadeidrees paling menyeronokkan dalam hidup. Biarpun penat, tapi dapat kepuasan bila jaga anak sendiri. Semua boleh tolak ketepi kerana @mohamadeidrees 😅 Swipe Left #NoMaidNoProblem #IkutJejakMamaAndDiana #EidreesTengahFikirNakMakanApa

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Percaya Orang Luar! Mampu Bayar 4 Orang Gaji Tapi Tak Mahu.. Anzalna Sanggup Tolak Tawaran Kerana Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*