Tiga hari diku4rantin, akhirnya penyanyi Ika Mustafa n3gatif vlrus c0r0navirus

“ALHAMDULILLAH. Saya n3gatif daripada j4ngkitan w4bak Kor0navirus (2019-nCov),” kata penyanyi, Ika Mustafa ketika dihubungi Harian Metro sebentar tadi.

Ika atau nama sebenarnya Nursyafiqah Mustafa, 22, berkata, dia juga akan dibenarkan pulang malam ini.

“Sekarang, doktor perlu uruskan beberapa perkara untuk saya seperti ubat dan sebagainya sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Doktor juga ada memberikan surat cuti kepada saya. Ia bagi membolehkan saya rehat dengan tenang.

“Saya akan berehat selama seminggu di rumah sebelum kembali bekerja dan uruskan beberapa perkara berkaitan kerjaya seni,” katanya.

Sehubungan itu, Ika turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang mer4watnya sepanjang tempoh kuar4ntin.

“Saya nak berterima kasih kepada semua pegawai perubatan yang mengambil risik0 dan bertungkus lumus menjaga saya sepanjang tempoh kuar4ntin di Hospital Sungai Buloh (HSB) ini.

“Jasa mereka sangat besar, bukan saja kepada saya, tetapi juga buat semua pes4kit lain yang diku4rantin di sini,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Ika memaklumkan bahawa dem4mnya semakin berkurangan.

“Alhamdulillah, d3mam dan selesema saya semakin berkurangan. Inilah yang kuatkan lagi keyakinan dalam hati saya bahawa tidak dij4ngkiti K0ronavirus. Ia hanya kebetulan,” katanya.

Terdahulu, Ika terbang ke Haikou, China pada 25 Januari lalu bersama 46 warga negara itu dan dalam pesawat sama, ada warga emas berusia 60-an, dipercayai warga Wuhan yang tidak sih4t.

Ika yang kembali ke tanah air pada hari yang sama, bagaimanapun mula menunjukkan simpt0m seperti d3mam, b4tuk dan sel3sema.

Bimbang keadaan kesih4tannya, keluarga membawa Ika membuat pemeriksaan di klinik dan kemudiannya dirujuk ke HSB untuk dikuar4ntin selama tiga hari.

Terdahulu..

“Nak bercakap dengan jururawat pun guna interkom” keputusan masih lagi menjadi tanda tanya, Ika Mustafa masih dikuar4ntin

Penyanyi baharu, Ika Mustafa akui tidak dapat melupakan pengalaman selepas terpaksa dikuar4ntin disebabkan wab4k K0ronavirus (2019-nCov) pada petang Ahad.

Jelas Ika kawalan di kawasan wad sangat ketat sehinggakan tidak ada orang lain yang boleh berada di situ.

“Ini memang pengalaman yang tak boleh dilupakan sangat. Masa saya ingin dibawa ke wad, kawasan yang dilalui itu langsung tak boleh ada orang lain.

“Memang tempat dia terasing. Nak ke bilik saya wajib melepasi satu bilik dulu baru boleh masuk ke bilik saya.

“Jururawat pun kalau nak cakap dengan saya akan menerusi interkom. Kalau nak periksa suhu badan, tekanan drah dan hantar makanan baru akan masuk ke ruang bilik saya dengan berpakaian khas.

“Ahli keluarga saya hanya dibenarkan untuk hantar barang di tingkat bawah saja, jururawat yang akan turun ambilkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Damaikanlah menyatakan kesihatannya berada dalam keadaan baik.

“Keadaan saya macam makin sihat. Cuma sekarang ini berasa gementar sangat sebab nak tunggu keputusan sama ada positif ke tak.

“Saya sendiri tak tahu pukul berapa akan dapat memandangkan keputusan itu daripada Hospital Besar Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Terdahulu, Ika ke Haikou, China atas urusan kerja pada 25 Januari lalu dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Ika bagaimanapun terpaksa dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk diku4rantin selepas mengalami d3mam, batuk dan selesema kerana dipercayai pesawat tersebut turut dinaiki warga emas dari Wuhan yang berada dalam keadaan tidak sih4t.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: metro | gempak via vaniladaily

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tiga hari diku4rantin, akhirnya penyanyi Ika Mustafa n3gatif vlrus c0r0navirus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*