Baru bertunang bakal mak mertua dah tunjuk kasih sayang, siap cium tangan menantu lagi

Pertunangan merupakan satu fasa sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dalam masyarakat Melayu, bertunang itu adalah simbolik bahawa gadis tersebut sudah mempunyai bakal suami dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Bertunang juga boleh dianggap sebagai proses perkenalan antara lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu bertunang sangat disarankan oleh setiap pasangan yang ingin ke fasa berumah tangga.

Selain sudah mengenali sepenuhnya pasangan yang ingin dinikahi, mendapat bakal keluarga mertua yang baik dan menyayangi  juga adalah satu rezeki.

Bakal mertua yang cium tangan

Menerusi satu video tular di media sosial berkenaan majlis pertunangan, seorang ibu dilihat begitu gembira apabila dapat menyarungkan cincin di tangan pilihan hati anak terunanya. Video tersebut kelihatan begitu ikhlas kerana ibu pemuda tersebut secara spontan mencium tangan tunang anaknya.

Muat naik yang dilakukan oleh Salmann Adnan ini telah mendapat perhatian banyak pihak ekoran reaksi spontan ibunya yang ternampak sangat gembira dan menerima pilihan hatinya.

Bukan senang dapat mak mertua macam ni

Muat naik tersebut telah dikongsikan semula oleh laman Facebook Viral Media Johor dan mendapat perhatian daripada ramai pengguna kerana berasa begitu terharu atas penerimaan bakal ibu mertua hingga mencium tangan gadis itu.

VIDEO

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sayang @syahamimishahri , sungguh cantik dan berseri kamu semalam 😘 Dari mata turun kehati, Dari hati lahirnya rasa cinta, Dari cinta terzahirnya kasih, Dari kasih terikatnya rindu. Indahnya mengenalimu. Cinta , seberat apapun beban yang akan hadapi , ingatlah lagi berat beban ku untuk memiliki dirimu 😘 Terima kasih kepada tunangku @syahamimishahri dan keluarga menerima baik kedatangan keluarga sy ❤ #engagement #eday #onestepcloser

A post shared by 𝐒𝐚𝐥𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐧𝐚𝐧 (@salmannadnan) on

Comel sangat mereka ni

Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif diatas tindakan spontan ibu kepada Salman itu.

Sebahagian daripada mereka juga berharap agar dikurniakan keluarga mertua yang sangat menerima kehadiran menantu dan menzahirkan rasa sayang sama seperti anak sendiri.

Seronok tengok saling meraikan

Menantu & mertua best

Masih ada lagi mertua yang baik

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Salmannadnan, via vaniladaily

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru bertunang bakal mak mertua dah tunjuk kasih sayang, siap cium tangan menantu lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*