“Mia dah pen4t dengan perkara tak masuk akal..” Mia Sara berniat mahu berh4nti berlakon

PELAKON yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara mengumumkan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan.

Menurut Mia, dia sudah tidak tahan apabila terp4ksa berdepan dengan perkara-perkara tidak masuk akal hingga membuatkan dirinya sudah tawar hati.

Malah katanya, dia lebih memilih untuk menjadi bintang Youtube.

“Rabu yang suram… kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat Mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular masih minat ke?

Mia mendedahkan hasratnya itu menerusi posting yang dimuat naik ke laman IG miliknya.

“Mia dah penat dengan perkara tak masuk akal yang berlaku dalam bidang lakonan ni dan Mia rasa Mia patut berhenti berlakon.

“Mungkin buat YouTube video je kot lepas ni. Korang tolong beritahu apa yang korang rasa mengenai keputusan Mia tu. Mia nak tau apa pendapat korang,” tulisnya.

Mia meluahkan hasratnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu. Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya terkejut dengan keputusan pelakon itu.

Mia dah penat dengan perkara-perkara yang tak masuk akal yang berlaku dalam bidang lakonan ni.

MIA SARA

Bagaimanapun, mereka dilihat tetap menyokong dan menghorm4ti apa saja keputusan dibuat pelakon berusia 15 tahun ini, termasuk pelawak Achey.

“Kami satu keluarga minat bakat Mia… so Mia jadi apa pun bakat Mia tetap bagus. Mungkin sekarang dah ke arah remaja yang matang.

“Tak ada masalah pun… apa Mia buat peminat akan support sebab peminat Mia seiring membesar dgn Mia,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Mia dah pen4t dengan perkara tak masuk akal..” Mia Sara berniat mahu berh4nti berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*