R4yu bantuan katil khas dan stroller, ini kisah s3dih adik Umairah yang ditingg4lkan ibu bapa k4ndung

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ itulah peribahasa yang boleh menggambarkan kesus4han yang ditanggung anak ini apabila matanya disahkan but4 dari lahir. Tambah meny3dihkan apabila bapa angkatnya hanya bekerja sebagai penoreh getah tidak mampu menampung perbelanjaan kesih4tan Umairah.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Natipah Abu menerusi satu posting memohon bantuan orang ramai untuk membeli sebuah katil khas dan stroller.

15 tahun lalu. Mazlina seorang gadis kampung yang cantik berasal dari Tanah Merah, Kelantan telah berhijrah ke Pulau Pinang dan bekerja di sebuah kilang. Selain untuk mencari rezeki menyara keluarga di kampung, dia juga ingin berada dekat dengan tunangnya yang juga seorang anggota pasukan keselamatan.

Mal4ngnya pasangan kekasih itu telah terl4njur angk4ra h4sutan hawa nafsu lalu Mazlina pun hamil kandungan luar nik4h. Perkahwinan anggota badan berunifom tidaklah mudah kerana perlu melengkapkan borang permohonan termasuk pengesahan majikan. Kebetulan, si tunang perlu menghadiri latihan kerja untuk satu jangkamasa yang panjang.

Lalu lelaki itu telah mencari dan menitipkan Mazlina kepada sepasang suami isteri, Bariah dan Bakhri yang telah 6 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Perjanjiannya Mazlina dijaga rapi dan setelah anak itu dilahirkan anak itu akan diserahkan kepada pasangan suami isteri itu sebagai galang ganti.

Mal4ngnya selama membawa kandungan itu dan tinggal di bawah pasangan itu, Mazlina tidak dihubungi langsung oleh tunangnya.

Mazlina hidup berendam air mata dalam kes3dihan yang amat sangat. Makan minumnya puas dipujuk, selebihnya dia banyak berbaring di dalam bilik sejak bersama keluarga itu ketika kandungnya berusia sekitar 6 bulan.

Pasangan suami isteri itu menjaga Marina dengan penuh rasa tanggungjawab. Di hujung-hujung kandungan Bariah tiba-tiba jatuh s4kit dan selalu saja tidak sih4t. Sehinggalah saat-saat Mazlina bersalin pun, Bariah tidak dapat ke hospital kerana tidak boleh bangun. Mazlina selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel yang diberi nama Nur Umairah.

Bariah yang semakin lemah pula dirujuk ke hospital dan seakan bermimpi bila mereka menerima berita yang amat membahagiakan.

Doktor mengesahkan Bariah telah hamil tiga bulan. Bermakna saat Mazlina dan Umairah yang ketika itu dalam kandungan menjejakkan kaki ke rumah mereka Bariah pun hamil.

Sungguh dia menganggap kandungan yang tidak disangka di saat dia sudah berputus asa itu anugerah Allah dan benar-benar menumpang tuah rezeki Umairah. Sebaik usia Umairah 7 hari Mazlina memaklumkan sudah tiba masanya dia pergi dari rumah itu. Sebelum pergi puas Bariah memujuk Mazlina supaya memberikan setitis air susunya kepada Umairah. Namun Mazlina tetap enggan berbuat demikian sehinggalah saat terakhir dia melangkah pergi.

Setelah usia Umairah sebulan, doktor memaklumkan tentang kec4c4tan Umairah termasuklah matanya yang but4. S3dihnya hati Bariah dan Bakhri hanya Allah saja yang tahu. Mereka menghubungi Mazlina kerana ingin tahu adakah Mazlina ada mengambil sebarang ub4t terl4rang sebelum ini.

Hampa sungguh rasa hati bila Mazlina mengakui dia telah mengambil bermacam ubat-ubatan dengan tujuan menggugurkan janin itu sejak awal kandungan lagi namun g4gal. Sejak itu mereka terputus hubungan dengan Mazlina. Bariah tidak pasti apakah Mazlina mengahwini tunangannya. Tetapi mereka yakin Mazlina tidak mengahwini tunangannya.

Jika ya, tentu pasangan itu akan datang menziarahi anak mereka. Mazlina mungkin telah ditinggalkan tunangannya dan mungkin juga telah berkahwin dengan orang lain. Tidak lama kemudian Bariah pun selamat melahirkan bayi perempuan dan demi menghalalkan suaminya dengan Umairah, Bariah pun menyusui Umairah.

Kasih-sayang pasangan ini terhadap anak susuan, Umairah dan anak tunggal mereka tidak berbelah-bahagi. Bahkan Umairah tetap ditatang bagai minyak yang penuh. Adik susuannya juga sangat menyayangi kakaknya. Meraung si adik saat pertama kali mengetahui kakaknya hanya anak angkat. Dia tidak mengizinkan ibunya menyebut ayat itu sama sekali di depannya lagi.

Mengakhiri perbualan Bariah sangat mengharapkan selagi masih ada hayat Umairah. Sudilah kiranya Mazlina datang dan menatap wajah anak kandungnya itu walau hanya utk sekali. “Kesianlah kat dia, biarlah dia rasa pelukan ibu kandung dia walau hanya sekali…”

Pasangan ini bukanlah orang senang. Bakhri hanya seorang penoreh getah. Bariah pula tidak bekerja. Mereka tinggal menumpang bersama ibu Bariah. Mereka sangat mengharapkan sumbangan kita untuk sebuah katil khas dan juga sebuah stroller untuk membantu urusan mereka ke atas Umairah.

Katil hospital yang selalu kita beli tidak sesuai untuk Umairah yang lasak. Jadi kita terpaksa menempah khas dari seorang tukang besi. Kita mensasarkan kutipan RM5K untuk keperluan khas Umairah termasuk nestum dan susu. Umairah tidak makan atau minum yang lain selain nestum dan susu sahaja. Mujurlah anak ini ada menerima wang bantuan sara hidup dari JKM dapatlah menampung kos lampin pakai buangnya.

NUR UMAIRAH – 14 TAHUN

SASARAN RM5K

SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Natipah Abu via Oh Bulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "R4yu bantuan katil khas dan stroller, ini kisah s3dih adik Umairah yang ditingg4lkan ibu bapa k4ndung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*