Sajat masih di mekah?? lelaki ini kata dia ters3rempak ketika lakukan umrah

“TINGGI orangnya… putih betul,” demikian kata seorang jemaah dari Malaysia menceritakan pengalamannya terserempak dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat sewaktu berada di Makkah.

Hanya mahu dikenali sebagai Aizat, lelaki itu berkata dia terperasan kelibat Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berada di kawasan antara Safa dan Marwah, pada petang Isnin (waktu tempatan).

Ketika itu, Aizat berkata dia baru sahaja menyelesaikan ibadah umrahnya

“Semalam (Isnin), dia masih berada di Makkah. Dua, tiga kali terserempak dengan dia, tapi saya tak tangkap gambar pun. Masa tu waktu petang, dekat Safa dan Marwah.

“Dia dalam persalinan serba hitam dan memakai cermin mata. Mula-mula ternampak tu, terkejut juga dan tak percaya dengan apa yang saya lihat. Sebab dengar dia dah kena tangkap.

“Itu yang saya ikut dari belakangnya, t4kut salah orang. Tengok beberapa kali, baru yakin (itu Sajat). Tinggi orangnya… putih betul,” kata Aizat kepada mStar.

Menurut Aizat, Sajat ditemani oleh seorang lagi jemaah lelaki yang memakai jubah berwarna putih.

Dalam pada itu, Aizat berkata dia tidak pasti sama ada Sajat sedang melakukan rukun ketiga umrah iaitu saie atau sebaliknya walaupun berada di kawasan Safa dan Marwah.

“Yang itu saya tak pasti, tapi ada tengok dia berdoa,” katanya.

Tambahnya lagi, dia percaya beberapa jemaah Malaysia berhampirannya menyedari kehadiran Sajat namun mereka tidak terlalu memberi tumpuan kepada usahawan itu kerana masing-masing sedang fokus beribadah.

“Rasanya ada yang perasan. Tapi orang lain tengah berjalan tu biasanya fokus bacaan, saya pula masa itu sudah siap semuanya,” katanya.

Mula-mula ternampak tu, terkejut juga dan tak percaya dengan apa yang saya lihat. Sebab dengar dia dah kena tangkap. Itu yang saya ikut daripada belakangnya, takut salah orang.

Aizat berkata, isu mengenai Sajat juga ada dibualkan sesama jemaah Malaysia, namun dia tidak menyangka isu tersebut panas di tanah air.

“Ada juga sembang-sembang tapi tak tahu tengah panas (di Malaysia),” ujarnya lagi.

Selain Aizat, seorang jemaah Malaysia turut mendakwa terserempak dengan Sajat yang sedang berdoa di hadapan Kaabah pada Isnin.

Wanita bernama Nur Hidayah Rozlan itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan Sajat berpakaian wanita serba hitam di hadapan Kaabah.

Isu Sajat berpakaian wanita ketika di Makkah hangat diperkatakan lantaran ramai yang mempersoalkan jantina dan ibadah umrahnya.

Isu tersebut mendapat ulasan ramai termasuk daripada agamawan, pendakwah bebas dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Selasa mengeluarkan kenyataan dan menegaskan bahawa segala hukum hakam ibadat Sajat hendaklah diikut secara lelaki.

Ia berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sewaktu pertemuan dengan jabatan itu pada Isnin, yang menyatakan jantina usahawan kosmetik tersebut didaftarkan sebagai lelaki.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sajat masih di mekah?? lelaki ini kata dia ters3rempak ketika lakukan umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*