Sebelum ini berkawan namun kini sudah bergelar suami dan isteri, sememangnya kisah cinta antara pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menjadi bualan ramai yang terdahulu pernah mengharapkan agar mereka berjodoh.
Akhirnya pada 1 September tahun lalu, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa sah menjadi pasangan halal. Namun apa yang mengembirakan peminat mereka lagi, pasangan sama cantik, sama padan ini bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Terbaru menerusi satu perkongsian video menerusi Instagram membuatkan peminat dan pengikut merasa seb4k. Posting Ardell Aryana buat suaminya, Nadzmi Adhwa ternyata menyentuh perasaan ramai setelah membaca kapsyen panjangnya.
“Kita tidak akan selamanya terus bergini bermain dan tertawa bersama, bila tiba saat nya nanti kita pasti akan terpis4h… tapi doa dan bekalan amalan inshaallah akan menemukan kita semula.”
“Soon, awak akan jadi seorang ayah pada malaikat kecil yang akan beri sinar dalam hidup awak dan kebahagian pada awak.”
“How time files… awak dah semakin dewasa & semoga terus dewasa Wawa. Alhamdulillah, may Allah bless you always! Moga Allah murahkan rezeki awak, beri kesihatan yang baik pada awak, dan moga awak bahagia sampai bila-bila.
“Mungkin video ni akan buat hati awak terubat sikit bila ingat tentang kita satu hari nanti. Terima kasih Wawa!”
Ucapan istimewa Ardell Aryana yang disertakan dengan video rakaman pendek senyumannya bersama Nadzmi Adhwa ternyata membuatkan ramai seb4k.
Be the first to comment on "[VIDEO] Perkongsian Ardell Aryana buat suaminya menyentuh perasaan seb4k NETIZEN"